Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Smart Automation Grant 2021 (SAG) Sehingga RM200,000 & Mohon Sebelum 25 September Ini

1,076

Para usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta syarikat sederhana ditawarkan untuk memohon Smart Automation Grant 2021 (SAG).

Ianya disediakan untuk syarikat-syarikat perkhidmatan bagi mengautomasikan proses perniagaan mereka dan melangkah kearah pendigitalan.

Jika anda merupakan usahawan PKS dan syarikat yang berada dalam sektor perkhidmatan dan ingin menambah baik perniagaan ke arah digital sila buat permohonan ini dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan untuk Smart Automation Grant 2021 (SAG) telah dibuka mulai:

  • 26 Ogos 2021 sehingga 25 September 2021

Muat turun permohonan SAG pula mestilah sebelum:

  • 17 September 2021

Baca juga: Pembelian Dokumen Sokongan SSM Online Melalui eDokumen TEKUN. Ini Caranya Yang Perlu Anda Tahu

APA ITU SMART AUTOMATION GRAN 2021 (SAG)?

Apa itu Smart Automation Grant 2021 (SAG)?

  • SAG ialah geran padanan untuk syarikat-syarikat perkhidmatan bagi mengautomasikan proses perniagaan mereka dan melangkah kearah pendigitalan.

TUJUAN SMART AUTOMATION GRAN 2021 (SAG)?

Tujuan sebenar Smart Automation Grant 2021 (SAG) adalah untuk:

  • Digunakan sebagai langkah permulaan untuk melaksanakan sesebuah projek dengan menjadikan teknologi untuk menjalankan operasi perniagaan.

JUMLAH GERAN

Jumlah geran padanan yang akan diberikan kepada setiap permohon yang diluluskan adalah sehingga:

  • 50% dari jumlah kos projek, tertakluk kepada had maksimum RM200,000.

KELEBIHAN SMART AUTOMATION GRAN 2021 (SAG)

Kelebihan yang akan diperolehi oleh usahawan yang mendapat Smart Automation Grant 2021 (SAG) ialah:

  • Meningkatkan hasil
  • Menjimatkan kos perniagaan
  • Pengurangan proses kitaran masa
  • Pengurangan pengunaan tenaga manusia
  • Penubuhan sumber baharu diperkenalkan

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran yang digalakkan untuk memohon Smart Automation Grant 2021 (SAG) adalah seperti berikut:

  • Pemohon hendaklah mempunyai syarikat yang berdaftar dengan aktiviti perniagaan yang berteraskan sektor perkhidmatan secara tradisional mahupun bukan-teknologi.
  • Syarikat-syarikat daripada sektor perkhidmatan merangkumi jualan runcit dan borong , pengusaha makanan dan minuman, Pelancongan, Logistik, Pengangkutan, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan, Hartanah, Perkhidmatan Profesional dan Perkhidmatan Kewangan. Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan Smart Automation Grant 2021 (SAG) ialah:

  • Didaftar dibawah undang-undang Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016.
  • Telah mengeluarkan dan mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM50,000
  • Mempunyai ekuiti pemilik minimum 51% warganegara Malaysia
  • Tidak menjadi subjek pembubaran
  • Tidak mempunyai masalah kewangan terkini / tidak aktif
  • Telah menandatangani kontrak bertulis atau rakan teknologi pengaturan yang komited untuk pembangunan dan pelaksanaan projek.
  • Sekiranya pernah menerima sebarang geran MDEC / Kerajaan, pemohon mesti menunjukkan kejayaan projek yang dibiayai.

CARA MOHON SMART AUTOMATION GRAN 2021 (SAG)

Langkah-langkah permohonan Smart Automation Grant 2021 (SAG) adalah seperti berikut:

  • Daftar melalui laman sesawang MDEC
  • Hantar permohonan sebelum tarikh akhir melalui email ke [email protected]

Atau anda boleh ke pautan: https://mdec.my/ms/digital-economy-initiatives/for-the-industry/smart-automation-grant/

  • Isikan maklumat yang yang diperlukan.
  • Klik HANTAR untuk menghantar permohonan anda.

Smart Automation Grant 2021 (SAG) Sehingga RM200,000 & Mohon  Sebelum 25 September Ini

Keputusan permohonan akan disahkan MDEC berdasarkan kriteria kelayakan dan akan memaklumkan pemohon melalui email untuk ikut serta dalam sesi pembentangan.
May be an image of 1 person and text that says 'MDEC Smart Automation Grant 2021 (SAG) Geran padanan ini khusus untuk syarikat sektor perkhidmatan bagi menambah baik proses perniagaan mereka ke arah digitalisasi ·50% dari jumlah keseluruhan kos .Tertakluk kepada had siling sebanyak RM200 RM200,000 atau mana yang lebih rendah lmbas kod QR atau layari https://bit.l/smarAutomationGrant f in mymdec SCAN ΜΕ Adoption www.mdec.my'

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai permohonan Smart Automation Grant 2021 (SAG), sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan MDEC di:

  • 1-800-88-8338
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...