Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pembelian Dokumen Sokongan SSM Online Melalui eDokumen TEKUN. Ini Caranya Yang Perlu Anda Tahu

1,309

Pemilik syarikat sudah boleh membuat pembelian dokumen sokongan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara online melalui portal TEKUN Nasional sahaja.

Malahan ianya  juga dikatakan lebih mudah dan murah berbanding platform yang lain.

Nak tahu cara membuat pembelian eDokumen daripada portal TEKUN Nasional?

INFO RINGKAS eDOKUMEN TEKUN

Bagi anda yang belum ketahui apakah itu eDokumen TEKUN, berikut adalah info ringkas mengenai eDokumen yang anda perlu tahu.

  • Perkhidmatan eDokumen merupakan pembelian dokumen sokongan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara dalam talian melalui pautan tambahan yang boleh didapati di portal TEKUN Nasional.
  • Ia merupakan hasil kolaborasi di antara pihak TEKUN Corporation Sdn. Bhd. dan Raffcomm Technologies Sdn. Bhd. (Rafftech).

Baca juga: Cara Daftar, Login & Beli Dokumen Maklumat Syarikat Melalui MyData SSM Secara Online

SENARAI HARGA DOKUMEN

Sebelum anda membuat pembelian, anda juga boleh mendapatkan senarai harga bagi setiap dokumen sokongan SSM seperti berikut:

Dokumen Perniagaan (Perusahaan)

  • Profil Perniagaan: Harga biasa: RM25.00 / Harga Diskaun: RM23.75
  • Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Cawangan Utama): Harga biasa: RM20.00 / Harga Diskaun: RM19.00

Dokumen Syarikat (Sdn Bhd/Bhd)

  • Profil Syarikat: Harga biasa:RM30.00 / Harga Diskaun: RM28.50
  • Penyenaraian Dokumen Borang: Harga biasa:RM15.00 / Harga Diskaun: RM14.25
  • Borang 49/Seksyen 58: Harga biasa:RM25.00 / Harga Diskaun: RM23.75

Dokumen Wajib Bersyarat

  • Borang 13: Harga biasa:RM25.00 / Harga Diskaun: RM23.75

Senarai dokumen dan harga

LANGKAH-LANGKAH PEMBELIAN DOKUMEN SOKONGAN SSM

Terdapat 7 langkah-langkah untuk membuat pembelian dokumen sokongan SSM melalui eDokumen SSM iaitu:

  • Klik pautan berikut: https://www.tekun-eDokumen.my. Seterusnya masukkan Nombor Pendaftaran Perniagaan/Syarikat. Klik ROB (untuk Perniagaan) atau ROC (untuk Syarikat) dan klik CARI.

Pembelian Dokumen Sokongan SSM Online Melalui eDokumen TEKUN. Ini Caranya Yang Perlu Anda Tahu

  • Buat pembayaran sama ada Online Banking, Credit/Debit Card atau eWallet.
  • Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi maklumat pembeli dan klik Teruskan.
  • Setelah paparan menunjukkan TRANSAKSI BERJAYA, klik Teruskan dan dokumen anda akan dijana.
  • Klik Muat Turun (Download) Dokumen dan save untuk melihat dokumen yang telah anda beli.
  • Jangan lupa check email anda kerana dokumen dan resit pembelian akan dihantar ke email anda. Pastikan ianya adalah betul.

SUMBER

6 KELEBIHAN TEKUN eDOKUMEN

Terdapat 6 kelebihan sekiranya anda membuat pembelian dokumen sokongan SSM melalui eDokumen TEKUN.

6 kelebihan tersebut ialah:

May be an image of text that says '6 TEKUN eDokumen KELEBIHAN eDokumen DIPERAKUI Dokumen Sokongan SSM yang ditandatangani secara digital oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan Rafftech. SELAMAT Dokumen yang disahkan benar SSM tidak boleh dipalsukan dan sebarang pindaan dapat dikesan. JIMAT DUIT 5% diskaun daripada harga pasaran. LANGKAH DIPERMUDAHKAN Hanya buat carian Nombor Pendaftaraan Perniagaan/Syarikat, Syarikat, semua dokumen yang diperlukan akan dipakejkan untuk anda. JIMAT TENAGA & MASA Tidak perlu ke kaunter untuk membuat dan dokumen dijana secara automatik. BOLEH BELI DOKUMEN MASA Pembelian boleh dibuat secara atas talian 24 jam sehari tanpa had. ALATAN KENARASESENTAL Untuk Kete angan Lanjut, Layari www.tekun-eDokumen.my DOKUMEN BENAR'

Baca juga: SSM Lanjutkan Pengecualian Kompaun Sehingga 31 Disember 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pembelian dokumen sokongan SSM melalui eDokumen TEKUN sila hubungi wakil Rafftech di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...