Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Daftar, Login & Beli Dokumen Maklumat Syarikat Melalui MyData SSM Secara Online

3,916

Segalanya dihujung jari kerana anda tidak perlu lagi ke kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM untuk mendaftar syarikat masing-masing atau mendapatkan dokumen maklumat syarikat. Anda hanya perlu mendaftar, login dan membeli dokumen maklumat syarikat hanya melalui MyData SSM sahaja secara online.

MyData SSM ini merupakan satu platform yang dibangunkan oleh SSM yang membolehkan pelanggan mencari, mengekstrak dan membeli maklumat syarikat yang berdaftar dengan SSM secara dalam talian dengan mudah dan menjimatkan masa.

Bagaimana caranya untuk menggunakan aplikasi MyData ini? Teruskan membaca perkongsian ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai MyData SSM.

INFO RINGKAS MYDATA SSM

MyData telah merupakan Pembekal Teknologi dan Perkhidmatan yang dilantik untuk menyediakan akses elektronik langsung ke pejabat pendaftaran syarikat rasmi di Malaysia bermula tahun 2016 yang lalu.

Melalui aplikasi ini, pelanggan boleh mendapat sumber maklumat yang sah mengenai syarikat dan perniagaan yang diperbadankan dan didaftarkan di Malaysia.

Cara Daftar, Login & Beli Dokumen Maklumat Syarikat Melalui MyData SSM Secara Online

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan melalui MyData:

  • Profil Syarikat dan Perniagaan : Percuma untuk melihat senarai syarikat
  • Maklumat Perbandingan Tahun Kewangan Syarikat yang lepas : Perbandingan untuk mana-mana tahun kewangan tersedia ada. (Financial historical comparison)
  • Salinan Diperakukan Sah Secara Digital bagi Sijil Perniagaan : Borang D
Nota : Maklumat yang diterima datang terus secara langsung dari SSM dan tidak disimpan di mana-mana pihak lain.

SENARAI MAKLUMAT SYARIKAT MELALUI MYDATA

Antara maklumat syarikat yang boleh diperolehi melalui MyData ialah:

  • Company and Business Profile
  • Idaman (Forms & Images)
  • Financial History
  • New RUU Product (New Act 2016)
  • Certificate of Incorporation/Registration
  • Particular of Directors/Officers
  • Particular of Share Holders
  • Particular of Registered Address
  • Particular Change of Name
  • Particular of Conversion
  • Particular of Company Secretary
  • Audit Firm Profile
  • Company Listing (Bulk Purchase)
  • Data Services

HARGA DOKUMEN SYARIKAT MYDATA SSM

Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan berbaloi kepada pelanggan. Anda boleh membuat pembayaran melalui kaedah berikut:

  • Perbankan internet
  • Kad kredit
  • Akaun prabayar MyData

Harga bayaran:

  • Bayaran tambahan Sehingga RM5 ke atas bayaran semasa yang dikenakan oleh SSM untuk mendapatkan maklumat melalui kaunter.
  • RM10.00 untuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan RM5.00 adalah caj perkhidmatan untuk Pembekal Teknologi dan Perkhidmatan.
  • Bayaran perkhidmatan yang dikenakan sebagai tambahan kepada bayaran berkanun seperti yang ditetapkan di bawah Jadual Kedua Akta Syarikat 1965.

Cara Daftar, Login & Beli Dokumen Maklumat Syarikat Melalui MyData SSM Secara Online

CARA MENDAFTAR MYDATA SSM UNTUK PEMBELIAN DOKUMEN SYARIKAT

Sebelum anda membeli dokumen syarikat, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu seperti berikut:

  • Klik pautan berikut: https://www.mydata-ssm.com.my
  • Klik LOGIN dan klik SIGN UP.
  • Isikan semua maklumat yang diperlukan dan pilih kategori yang berkenaan (Individual).
  • Seterusnya tandakan kotak reCAPTCHA di bawahnya dan tandakan kenyataan di bawah kotak reCAPTCHA tersebut.
  • Klik SIGN UP dan pendaftaran akaun anda berjaya.
Nota: Pendaftaran adalah percuma dan anda boleh dapatkan dokumen anda melalui aplikasi WhatsApp sahaja.

CARA DAPATKAN MAKLUMAT SYARIKAT MYDATA MELALUI WHATSAPP

Untuk dapatkan maklumat syarikat melalui WhatsApp, anda perlu:

  1. Klik NED HELP
  2. Mohon permintaan anda seperti dokumen dan sebagainya.
  3. Buat pembayaran
  4. Terima dokumen anda selepas pembayaran berjaya dilakukan melalui WhatsApp sahaja.
Cara Daftar, Login & Beli Dokumen Maklumat Syarikat Melalui MyData SSM Secara Online

CARA LOGIN MYDATA SSM

Setelah anda selesai membuat pendaftaran, login ke akaun anda seperti berikut:

  • Klik pautan ini : https://www.mydata-ssm.com.my
  • Klik LOGIN ACCOUNT dan masukkan USERNAME dan PASSWORD yang telah anda daftarkantadi.
  • Klik SIGN IN dan anda boleh dapatkan dokumen yang anda inginkan.

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan MyData SSM, sila hubungi perkhidmatan pelanggan MyData di saluran berikut:

Telefon: 03-2775 9339

Emel: [email protected]

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...