Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Latihan Industri LHDNM 2021 Telah Dibuka, Mohon Sekarang

7,073

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membuka peluang kepada para siswazah  untuk meningkatkan kemahiran masing-masing dengan menjalani Latihan Industri bersama mereka.

Jadi, siswazah diluar sana boleh mengambil peluang yang anda dengan menyertai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dengan pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh LHDNM.

Dapatkan syarat serta cara membuat permohonan melalui perkongsian ini.

TEMPOH PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI LHDNM 2021

Tempoh permohonan bagi Latihan Industri LHDNM 2021 ialah:

  • Bermula Januari 2021 hingga Disember 2021 / Sepanjang tahun

TEMPOH LATIHAN INDUSTRI LHDNM 2021

Tempoh minima latihan industri ialah selama:

  • 2 bulan

SYARAT KELAYAKAN LATIHAN INDUSTRI LHDNM 2021

Syarat yang perlu dipenuhi untuk Latihan Industri LHDNM 2021 ialah:

  • Warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah  sarjana muda yang memerlukan latihan industri sebagai salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian.
  • Mempunyai keputusan akademik yang cemerlang (CGPA 2.70 ke atas) dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi.
  • DItempatkan di cawangan LHDNM seluruh Malaysia.
Nota: Pelatih industri akan diberikan elaun latihan industri dan tertakluk kepada peruntukan kewangan dan syarat-syarat yang ditetapkan.

BIDANG LATIHAN INDUSTRI LHDNM 2021 YANG DITAWARKAN

Senarai bidang Latihan Industri LHDNM 2021 yang ditawarkan ialah:

  • Kejuruteraan
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Percukaian
  • Pentadbiran
  • Perakaunan
  • Perundangan
  • Psikologi
  • Teknologi Maklumat
  • Bidang yang berkaitan

CARA MOHON LATIHAN INDUSTRI LHDNM 2021

Untuk memohon Latihan Industri LHDNM 2021 ini, anda hanya perlu:

  • Klik : https://career.hasil.gov.my
  • Klik PENDAFTARAN BARU.
  • Lengkapkan maklumat anda dan klik DAFTAR.
  • Seterusnya masukkan maklumat yang diminta dan klik SETERUSNYA.
  • Tandakan pada kotak PENGAKUAN PEMOHON dan klik SIMPAN.
  • Permohonan anda telah siap.

Program Latihan Industri LHDN 2021 Telah Dibuka, Mohon Sekarang

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang info selanjutnya mengenai Latihan Industri LHDNM 2021, sila emelkan ke:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...