Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kerja Dalam Bidang Oil & Gas! Ikuti Kursus Rigging & Slinging (Advanced) And Basic Scaffolding Level 1

2,164

Ramai belia pada masa kini berminat untuk bekerja dalam bidang Oil & Gas kerana tawaran gaji yang agak lumayan.

Bagi anda yang ingin bekerja dalam bidang Oil & Gas dan sekarang berada di negeri Sabah, anda semua dipelawa untuk mengikuti Kursus Rigging & Slinging (Advanced) and Basic Scaffolding Level 1.

Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan akan diadakan selama sebulan. Buat pendaftaran terlebih dahulu pada pautan dibawah.

INFO RINGKAS KURSUS RIGGING & SLINGING (ADVANCED) ANDA BASIC SCAFFOLDING LEVEL 1

Anda yang berminat boleh mendapatkan info ringkas mengenai Kursus Rigging & Slinging (Advanced) and Basic Scaffolding Level 1 seperti berikut:

  • Tarikh Kursus: 1 hingga 30 November 2021
  • Tempat Latihan: Pusat Latihan ESTC Academy, Tuaran, Sabah
  • Tempoh Kursus: 1 bulan

Anda juga digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera kerana bilangan peserta untuk mengikuti kursus ini adalah secara terhad kepada:

  • 20 orang peserta sahaja

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Anda semua digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan pada tarikh berikut:

  • 14 Oktober 2021/Khamis

SYARAT PERMOHONAN

Anda boleh rujuk syarat permohonan dibawah dan jika memenuhi syarat, buat permohonan anda sebelum tarikh tutup.

Syarat-syaratnya ialah

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Bumiputera Negeri Sabah
  • Belia lelaki dan wanita boleh membuat permohonan kursus ini
  • Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 45 tahun
  • Sihat tubuh badan, boleh membaca dan mengira
  • Mempunyai sijil pendidikan seperti SRP/PMR/SPM

PENDAFTARAN KURSUS

Anda juga boleh terus membuat pendaftaran kursus secara online di pautan berikut:

  • https://forms.gle/eu1VymkGiQb8Pyf36
  • Lengkapkan permohonan anda.
  • Masukkan semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan seperti Kad Pengenalan, gambar ukuran pasport, sijil pelajaran dan kad vaksinasi dalam bentuk pdf.
  • Hantar permohonan.

Atau anda boleh membuat pendaftaran permohonan kursus dengan membuat imbasan di Kod QR pada poster dibawah.

Kerja Dalam Bidang Oil & Gas! Ikuti Kursus Rigging & Slinging (Advanced) And Basic Scaffolding Level 1

Anda juga boleh dapatkan kerja yang lain dengan membuat pendaftaran di MyFutureJobs di pautan ini:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Kursus Rigging & Slinging (Advanced) and Basic Scaffolding Level 1, sila dapatkan di:
  • Encik Mohd Azuan Amat: 088-218 722 sambungan 110
  • Puan Murtha Binti Mangun @ Emmy: 088-218 722 sambungan 137
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...