Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Percaya Tak Wanita Ini Telah Berjaya Lahirkan Anak Kembar 10 & Beliau Adalah Pemegang Guiness World Records Baharu!

1,013

Tak masuk dek akal dengan berita yang sedang tular kini iaitu seorang ibu di Pretoria, Afrika Selatan telah melahirkan bayi kembar 10 secara pembedahan, namun ia adalah benar belaka!

Dengan kelahiran bayi kembar 10 atau decuplets ini maka ibu ini telah menjadi pemegang Guiness World Records yang baharu kerana melahirkan bayi paling ramai secara sekaligus.

Tidak sangka beliau akan melahirkan 10 bayi sekaligus kerana pada awalnya doktor pada asalnya menjangkakan bayi yang akan dilahirkan adalah kembar lapan sahaja.

REKOD DUNIA DIPECAHKAN!

Dengan kelahiran bayi seramai 10 orang secara serentak ini, rekod dunia sebelum ini telah dipecahkan dan dianugerahkan Guiness World Records yang baharu.

Sebelum ini Gosiame Thamara Sithole yang berusia 37 tahun sudah pun mempunyai anak kembar dua berusia enam tahun.

Suaminya, Teboho Tsotetsi memberitahu portal berita Pretoria News bahawa isterinya terkejut apabila melahirkan kembar 10 melalui pembedahan.

JANTINA BAYI KEMBAR 10 ORANG

Menurut Teboho Tsotetsi, jantina bayi adalah seperti berikut:

  • 7 orang lelaki
  • 3 orang perempuan

KEHAMILAN SEMULAJADI

Pasangan suami isteri itu sebelum ini mengaku bahawa Sithole hamil secara semula jadi tanpa menjalani sebarang rawatan kesuburan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Fakulti Perubatan di Universiti Sains Kesihatan Sefako Makgatho, Profesor Dini Mawela berkata, keadaan itu adalah sesuatu yang jarang berlaku untuk seorang wanita hamil dengan bilangan kembar yang ramai tanpa menjalani sebarang rawatan kesuburan.

Apa yang menjadi bahaya kepada keadaan ini adalah keadaan di mana bayi-bayi tersebut tidak mempunyai ruang yang cukup di dalam rahim ibu, yang membawa kepada risiko mereka menjadi kecil.

Disebabkan itu, para doktor terpaksa mengeluarkan bayi-bayi tersebut lebih awal kerana bimbang akan risiko tersebut jika mereka dibiarkan berada di dalam rahim lebih lama.

Baca juga: Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Tahun 2021 SBP & SMKA Mulai 8 Jun 2021 Secara Online

KELAHIRAN KEMBAR YANG RAMAI

  • Terdahulu, pada Mei lepas, seorang wanita dari Maghribi memegang rekod dunia selepas melahirkan bayi kembar sembilan.
  • Seorang wanita Poland melahirkan bayi kembar enam pertama di negara itu dengan setiap seorang bayi seberat kira-kira satu kilogram, kata doktor di Hospital Universiti pada 20 Mei 2019.

FAKTA MENARIK ANAK KEMBAR

Jom bongkar 4 fakta menarik mengenai pasangan kembar mesti anda pun nak tahu, kan!

1. Cap jari tidak sama

Sudah namanya kembar, mestilah semuanya sama. Haaa…ia tidak tepat sama sekali. Walaupun pasangan kembar memiliki raut wajah yang hampir seiras, namun itu tidak bermakna bahawa mereka turut akan mempunyai cap jari yang serupa.

Cap jadi tidak terhasil berdasarkan DNA semata-mata. Ketika dalam kandungan, kedua-dua pasangan kembar akan bermula dengan cap jari yang sama.

Walau bagaimanapun, pada minggu ke-6 hingga ke-13 kehamilan, ketika bayi mula bergerak, mereka akan menyentuh kantung amniotik dan garisan unik dan ridges akan mula terbentuk. Keadaan ini sekali gus akan menghasilkan cap jari yang berbeza.

2. Imej cermin kembar seiras

Jika pasangan kembar seiras melihat pasangan mereka, ia seperti melihat imej diri sendiri di cermin. Ini kerana mereka dikatakan mempunyai ciri asimetri terbalik. Apakah maksudnya itu?

Kira-kira 25% kembar seiras membesar secara menghadapi antara satu sama lain. Ini bermakna mereka menjadi seperti pantulan. Salah seorang mungkin menulis tangan kanan dan seorang tangan kiri, tanda lahir pula bertentangan antara satu sama lain.

Keadaan seperti itu berlaku apabila kembar berpisah daripada 1 telur yang disenyawakan setelah seminggu lebih tempoh kesuburan – waktu sperma bergerak melalui faraj ke dalam rahim dan menyuburkan telur di dalam tiub fallopian.

3. Tidak semestinya mempunyai genetik yang sama

Walaupun kembar seiras berasal daripada 1 telur yang disenyawakan bersama set arahan genetik yang sama dipanggil genom, namun mereka tetap berkemungkinan untuk mempunyai perbezaan dalam genetik.

Dalam kajian melibatkan 19 set genom pasangan kembar dewasa yang dilakukan oleh Pakar Genetik dari University of Alabama di Birmingham, Dr Cark Bruder mendapati pada beberapa set, DNA pasangan kembar berbeza dalam bilangan salinan setiap gen yang ada.

4. Berinteraksi dalam rahim

Pada 2011, saintis di Umberto Castiello dari University of Padova di Italy mengkaji video 3D kembar di dalam rahim ibu mereka. Hasil kajian itu mendapati pada minggu ke-14 kehamilan, bayi kembar dilihat mencapai satu sama lain.

Manakala pada minggu ke-18, mereka dilihat lebih kerap menyentuh satu sama lain berbanding menyentuh badan mereka sendiri. Berdasarkan kajian tersebut, penyelidik mengatakan berdasarkan rakaman analisis kinematik menunjukkan kembar melakukan isyarat berbeza antara satu sama lain.

Percaya Tak Wanita Ini telah Berjaya Lahirkan Anak Kembar 10 & Beliau Adalah Pemegang Guiness World Records Baharu!

Baca juga: Tips Kurangkan Lemak & Minyak Semasa Sediakan Makanan Daripada NutrionistKKM. Jom Cuba Sebelum Terlambat!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...