Tiada E-Iftar, E-Bazar Dan Penjualan Di Bulan Ramadan
Isi Kandungan
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri telah memaklumkan bahawa sebarang penjualan seperti e-Iftar, e-Bazar dan penjualan di bulan Ramadan adalah tidak dibenarkan.
Perkara ini telah disahkan menerusi sidang media Perkembangan PKP hari ini.
Malahan jualan seperti pandu lalu, tempah dan ambil juga (COD) adalah dilarang sama sekali bagi sepanjang bulan Ramadan ini.
“Sebarang bentuk perniagaan yang berkaitan dengan bazar dan gerai Ramadhan termasuk dalam bentuk pandu lalu (drive thru), tempah dan ambil adalah tidak dibenarkan. Jadi tidak ada isu lagi berkaitan bazar Ramadan walaupun e-iftar atauupun ‘E’ sekalipun tidak dibenarkan”
(Datuk Seri Ismail Sabri)
Ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mengelakkan penambahan baru pesakit yang dijangkiti Covid-19 dan tidak mahu orang ramai berkumpul di sesuatu tempat.
E-Hailing
Begitu juga dengan penjualan yang berbentuk e-Hailing juga tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Ramadan ini kecuali perniagaan e-Hailing biasa akan beroperasi seperti biasa.
Kongsi Di Twitter
Perkara ini juga dikongsikan oleh Dato Ismail Sabri dilaman twitter beliau.
Patuh Arahan
Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang mahukan negara kembali pulih seperti biasa, kita semua harus patuh dengan arahan yang telah diberikan.
Ini adalah kerana laporan berkaitan virus Covid-19 ini telah menunjukkan perkembangan yang baik. Jika kita semua berjaya memutuskan rantaian Covid-19, bermakna kita semua akan bebas dan berjaya bersama-sama.
Sumber :
- BERNAMA
- Siakap Keli
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.