Graduan & Profesional Muda Sila Ikuti Program LTAT Associate Fellow Program (AFP). Hantar CV Anda Sekarang!
Para graduan dan profesional muda yang masih mencari peluang untuk meningkatkan kemahiran profesional dipelawa untuk mengikuti Program LTAT Associate Fellow Program (AFP).
Jika anda belum mempunyai sebarang pekerjaan juga sangat digalakkan untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ini.
Bukan sekadar kemahiran profesional sahaja yang akan anda perolehi, malah elaun juga akan diberikan kepada setiap peserta yang mengikuti program ini.
APA ITU LTAT ASSOCIATE FELLOW PROGRAM (AFP)?
Isi Kandungan
Program LTAT Associate Fellow Program (AFP) merupakan program yang julung kali diadakan.
AFP akan membuka peluang kepada anda untuk memperkukuhkan kemahiran profesional dan memperluaskan pendedahan kepada segenap bidang berkaitan pelaburan dan sektor korporat.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN LTAT ASSOCIATE FELLOW PROGRAM (AFP)
Anda boleh membuat permohonan dengan secepat mungkin sebelum tarikh tutup pada:
- 24 September 2021
TEMPOH PROGRAM
Tempoh Program LTAT Associate Fellow Program (AFP) adalah selama:
- 12 bulan secara kontrak
PELUANG LATIHAN DI LTAT ASSOCIATE FELLOW PROGRAM (AFP)
Peserta AFP juga berpeluang untuk mendapat latihan yang tidak ada pada program yang lain iaitu:
- Asas kepimpinan dan ketenteraan di bawah bimbingan Angkatan Tentera Darat, Laut dan Udara.
FAEDAH YANG DITAWARKAN
Terdapat pelbagai faedah yang menarik menanti anda iaitu:
- Elaun
- Faedah kompetitif (Perubatan,Insurans, Cuti)
- Latihan
CARA MOHON
Berminat?
Sila hantar CV dan surat permohonan rasmi berserta transkrip akademik yang berkaitan ke e-mel:
SYARAT KELAYAKAN
Apa pula syarat kelayakan untuk mengikuti Program LTAT Associate Fellow Program (AFP)?
Ini syarat kelayakannya:
- CGPA: Minimum 3.00/4.00
- Keutamaan kepada graduan tempatan dalam bidang kemanusiaan, perniagaan, kewangan, perakaunan, sains aktuari, undang-undang, matematik atau bidang berkaitan.
- Berumur 28 tahun ke bawah
- Pengalaman kerja kurang 2 tahun dimana-mana organisasi atau institusi kewangan
- Anak-anak Angkatan Tentera Malaysia, staf awam yang bekerja di MINDEF dan Veteran ATM digalakkan untuk membuat permohonan.
Baca juga: Cara Mohon Skim Medic Koperasi Tentera. Terima Faedah Sehingga RM25,000 Setahun
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi LTAT di talian berikut:
- Hotline: 1300 88 5828
- Telefon & Whatsapp Hotline: 017-6860 929/017-6860 848
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.