Preview
Portal Kini.
Informasi

Menteri Sumber Manusia : Majikan Perlu Bayar Gaji Seperti Biasa Kepada Pekerja Bekerja Dari Rumah

MENTERI SUMBER MANUSIA : MAJIKAN PERLU BAYAR GAJI SEPERTI BIASA KEPADA PEKERJA BEKERJA DARI RUMAH Majikan perlu membayar gaji seperti biasa kepada pekerja yang bekerja dari rumah (BDR) berikutan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menteri...

MENTERI SUMBER MANUSIA : MAJIKAN PERLU BAYAR GAJI SEPERTI BIASA KEPADA PEKERJA BEKERJA DARI RUMAH

Majikan perlu membayar gaji seperti biasa kepada pekerja yang bekerja dari rumah (BDR) berikutan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahunan ataupun mengambil cuti tanpa gaji.

Katanya, perkara itu selaras dengan perintah dan kenyataan dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

“Namun, majikan boleh berbincang dengan pekerja dalam apa juga tindakan dan keputusan diambil demi kepentingan bersama.”

ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH (BDR)

Arahan BDR itu susulan sidang media, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Selasa lalu dan kenyataan media Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bahawa pekerja di kawasan PKPB diarahkan untuk BDR dengan syarat tertentu.

Menteri Sumber Manusia : Majikan Perlu Bayar Gaji Seperti Biasa Kepada Pekerja Bekerja Dari Rumah

Sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melalui :

  • Telefon :  03-88862352 /03-88862409 / 03-88889111.

SUMBER

— Akhir —
Topik Berkaitan #Informasi #Semasa
BACAAN SETERUSNYA

Tarikh Tutup BPN: Mohon Bantuan Prihatin Nasional Sebelum 15 November

Baca Artikel Seterusnya
Komunikasi Langsung

Terima
Bacaan
Pilihan.

> Masukkan alamat emel anda.

> Kami hantar bacaan pilihan secara berkala.

> Ringkas, terpilih dan mudah dibaca.

>
/// Mesej Pantas ///