Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Masa Paling Sesuai Untuk Anda Daftar dan Mohon Bantuan PRIHATIN Tanpa Sebarang Gangguan

0 1,341

Pendahuluan

Hari ini 1 April 2020 adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat kerana pendaftaran dan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah pun dibuka.

Ia mengakibatkan laman portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengalami kesesakan trafik yang tinggi sehingga tidak dapat dibuka sehingga kini.

Hal ini kerana, keseluruhan rakyat Malaysia sedang mengakses laman web tersebut untuk membuat pendaftaran.

Namun, ada beberapa cadangan masa yang sesuai untuk anda membuat pendaftaran BPN selepas ini.

lhdn loading

Masa Yang Sesuai Untuk Membuat Pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Anda boleh membuat pendaftaran pada waktu pagi diantara waktu berikut:

  • Jam 2 pagi hingga 3 pagi kerana pada waktu ini kebanyakan orang masih nyenyak tidur dan jarang menggunakan internet
  • Selepas waktu Subuh juga sesuai untuk anda mengakses ke portal rasmi LHDNM dan membuat permohonan kerana pada waktu ini juga didapati trafik internet sangat laju. Jadi selepas solat Subuh anda terus boleh membuat permohonan tanpa gangguan dan pantas.
  • Antara jam 12 tengahari hingga 2 petang kerana pada waktu ini kebanyakan orang sedang berehat dan anda boleh mencuba membuat permohonan.
  • Keesokan hari atau 3 hingga  5 hari  selepas permohonan di buka. Ini adalah kerana kebanyakannya pada waktu ini orang ramai telah membuat permohonan pada hari pertama permohonan dibuka.

waktu-subuh

Telah Daftar Dan Mohon BSH Sebelum Ini

Bagi yang sudah memohon dan mendaftar BSH sebelum ini, anda tidak digalakkan untuk masuk ke laman portal rasmi LHDNM buat masa ini untuk mengelakkan kesesakan trafik kerana anda automatik akan mendapat bantuan dan secara tidak langsung anda membantu orang lain untuk membuat pendaftaran BPN dengan mudah.

Jadi anda yang belum dapat membuat pendaftaran dan permohonan tidak perlu panik sekiranya laman portal rasmi LHDNM tidak dapat diakses buat masa ini. Bersabar dan anda boleh cuba mengikut cadangan waktu yang telah dinyatakan tadi.

Bagi yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan, tahniah diucapkan.

Tahniah

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...