Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ramadhan 2020 Suram Jika Tiada Bazar Ramadhan Dan Jika PKP Diteruskan

1,734

Ramadhan Suram

Setiap tahun seluruh rakyat Malaysia menyambutnya dengan gembira tanpa mengira bangsa dan agama kerana masing-masing tidak sabar menunggu untuk ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa.

Bagi rakyat yang beragama lain juga turut merasai bahang kemeriahan ke bazar Ramadhan kerana ketika inilah mereka boleh menikmati pelbagai juadah yang enak, lazat dan unik.

Namun, adakah kita akan menikmati kemeriahan yang selama ini kita rasai?

bazar_ramadan_1585215530

Tiada Bazar Ramadhan

Kebanyakan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia telah mengumumkan bahawa bazar Ramadhan dibatalkan berikutan penularan virus Covid-19 dan tempoh PKP dilanjutkan.

“Perkara ini penting bagi mengelak rakyat berhimpun di sesuatu tempat dan akan menyebabkan wabak ini tidak terkawal.

“Justeru semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah yang sudah mengambil deposit daripada pembida (pemilik gerai) perlu memulangkan kembali wang deposit.”

( Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir )

Manakala Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pembatalan bazar Ramadan itu dilakukan selepas perbincangan dilakukan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini.

“Kita akan batalkan bazar Ramadan di seluruh Selangor sehingga masa bersesuaian ditetapkan.

“Jika Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri memberi saranan ia boleh dilaksanakan, kita akan lakukan tetapi buat masa ini kita batalkan terlebih dahulu,”

( Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari )

Adakah Ramadhan Dan Aidilfitri Selepas Ini?

Baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persoalan sama ada PKP fasa kedua yang akan berakhir 14 April ini disambung untuk fasa seterusnya atau tidak hanya bergantung kepada kepatuhan rakyat dalam tempoh 14 hari mulai 1 April 2020.
menteri kanan

“Ramai yang bertanya apakah PKP yang kedua ini akan diteruskan menjadi PKP ketiga dan keempat.

“Adakah bulan puasa nanti PKP akan terus dilaksanakan? Bolehkan kita berhari raya dan sebagainya, saya tahu ramai rakyat yang ingin kembali kepada kehidupan biasa.

“Tuan puan yang boleh memastikan tiada PKP ketiga, keempat, kita boleh berhari raya seperti biasa (atau tidak) adalah tuan dan puan sendiri,”

( Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob )

Segalanya Terletak Pada Kita Rakyat Malaysia

Sekarang ini situasi yang bagaimana untuk kita meraikan Ramadhan dan Aidilfitri bagi tahun ini terletak pada pematuhan oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Sama ada kita berpuasa di kampung, berhari raya di kampung atau sebaliknya.

Jika kita patuh pada arahan yang telah dikeluarkan dan keputusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan positif, pasti kita semua dapat merasai kemeriahan Ramadhan kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

jalan sunyi

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...