Cara Mudah Masak Pulut. Guna Periuk Nasi Elektrik Pun Pulut Lembut & Elok!

Tak semua orang pandai memasak pulut guna periuk nasi dan kalau tak ada pengukus pun anda boleh masak pulut dengan mudah serta hasilnya sudah pasti lembut.

Kalau tak guna pengukus, nak guna apa pula?

Anda boleh sahaja menggunakan periuk nasi untuk memasak pulut seperti yang dikongsikan disini. Mudah sahaja dan pulut pun cantik dan lembut!

APA ITU BERAS PULUT?

BERAS PULUT (Sticky Rice atau Glutinuous Rice) adalah sejenis beras (Oryza sativa var. glutinosa) yang melekit setelah dimasak dengan keadaan lekat seperti gam.

Beras ini juga dipanggil sebagai Beras Pulut (Malaysia), Beras manis (Sweet rice), Beras Berlilin (Waxy rice), Beras Permata (Pearl rice), Beras Botan, Beras Mochi dan Beras Biroin dan beberapa gelaran lagi.

Di Malaysia memang biasa dengan beras pulut kerana masyarakat Melayu telah menggunakan beras pulut untuk dijadikan banyak jenis makanan tradisional yang enak dal lazat. Beras Pulut di negara kita lebih dikenali dengan nama Beras Pulut Putih dan Beras Pulut Hitam.

Beras pulut | beras yang dah dibasuh, mesti di tos dahulu sa… | Flickr

CARA MASAK PULUT DENGAN MENGGUNAKAN PERIUK NASI ELEKTRIK

Untuk masak pulut dengan menggunakan periuk nasi elektrik yang ada dirumah mudah sahaja, ini caranya.

Cara-caranya:

  • Basuh beras pulut dan bilas bersih. Kemudian toskan di dalam penapis.
  • Masukkan ke dalam periuk nasi, isi air kosong sama paras dengan pulut sahaja.
  • Masukkan seikat daun pandan untuk dapatkan bau yang wangi.

Cara masak pulut menggunakan periuk nasi elektrik

  • Tekan button COOK dan biarkan ia masak hingga naik butang WARM.
  • Setelah naik butang WARM, masukkan santan pekat sedikit demi sedikit sambil menggaul rata dengan pulut yang dah separuh masak tadi hingga sebati. Letakkan secubit garam pada santan.

Cara Mudah Masak Pulut. Guna Periuk Nasi Elektrik Pun Pulut Lembut & Elok!

  • Masak semula dengan menekan sekali lagi butang COOK pada periuk nasi sehingga WARM sekali lagi.
  • Jangan tutup suiz periuk nasi tetapi biarkan ia masak sempurna dalam 30 minit lagi pada tahap WARM.

Tag: Kedai Mamah Eha - Pulut Manggo Sajian Dessert Unik Perpaduan Ketan dan Mangga yang Rasanya Gurih Manis - Tribun Jabar

Mudahkan? Tak pakai pengukus pun pulut anda dimasak dengan elok dan lembut untuk dimakan.

RESEPI-RESEPI BOLEH DICUBA

Anda juga boleh mencuba beberapa resepi viral yang boleh anda cuba seperti yang dikongsikan disini:

Wah! Macam-macam resepi ada ya. Selamat mencuba!

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.