Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Resepi Popia Simpul Kasih Serunding Ikan. Mudah & Semestinya Sedap!

1,221

Sekali sekala makan kuih raya yang tidak manis pun ok juga kan! Boleh juga pelbagaikan jenis kuih dan boleh la kita cuba buat popia simpul kasih serunding ikan dengan menggunakan resepi yang dikongsikan ini.

Anda yang berminat untuk menyediakan biskut raya yang agak viral kini seperti Biskut Semperit Raya Oreo boleh dapatkan resepinya disini.

Walaupun kita semua berhari raya dalam keadaan PKP 3.0, sambutlah dengan sederhana dan ikuti SOP yang telah digariskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.

Rujuk: SOP Hari Raya Aidilfitri 2021 Untuk Rujukan Anda. Patuhi SOP Mengikut Kategori Perintah Kawalan Pergerakan Negeri Masing-Masing

RESEPI POPIA SIMPUL KASIH SERUNDING IKAN

Bahan-bahan yang perlu disediakan untuk menyiapkan Popia Simpul Kasih Serunding Ikan adalah seperti berikut:

BAHAN-BAHAN 

  • 1 bungkus kulit popia
  • Serunding ikan
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk serunding ikan pula:

  • 1 kg ikan kembung
  • 3 keping asam gelugor
  • 15-20 biji cili kering*
  • 3 inci halia*
  • 3 inci lengkuas*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 2 batang serai, hiris nipis*
  • 15 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 mangkuk minyak untuk menumis
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

Cara penyediaan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

Cara-cara menyiapkan popia simpul

  • Potong 8 kulit popia dan tutup dengan kain lembab supaya kulitnya tidak kering.
  • Sudukan 1/2 sudu kecil serunding ikan dan letak di tengah kulit popia yang dipotong kecil tadi.
  • Gulung memanjang, pastikan inti berkumpul di tengah dan kemudian simpulkan dengan rapi. Ulangi langkah sehingga kulit popia dan serunding habis.
  • Goreng popia di dalam minyak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Pastikan popia betul-betul sejuk sebelum di masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Cara-cara menyiapkan serunding ikan

  • Rebus ikan bersama asam gelugor dan kemudian ambil isinya sahaja.
  • Tumbuk isi ikan atau boleh juga di kisar di dalam blender. Ketepikan.
  • Kisar halus bahan bertanda (*).
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga masak dan pecah minyak.
  • Masukkan isi ikan dan kacau dengan perlahan sehingga kering. Pastikan api tidak terlalu kuat supaya serunding tidak cepat hangus.
  • Apabila sudah kering sekata, angkat dan sejukkan sebelun di simpan di dalam bekas kedap udara.
TIPS: Goreng popia dalam minyak panas di atas api yang sederhana perlahan dan kemudian kacau dengan kerap supaya popia masak sekata, warna cantik kekuningan dan kekal rangup jika disimpan lama.
Resepi Popia Simpul Kasih Serunding Ikan. Mudah & Semestinya Sedap!

PENGERTIAN AIDILFITRI

Perkataan Aidilfitri mempunyai nilai tertentu untuk umat Islam, Eidi itu bermaksud suatu yang berulang manakala Fitri ialah fitrah.

Jadi Aidilfitri, jika seseorang itu di dalam bulan Ramadan beribadat bersungguh-sungguh, sebab Nabi Muhammad SAW juga ada menyatakan, ibadat bulan Ramadan ini, siangnya, kita buat bersungguh-sungguh puasa, Allah ampun dosa, malamnya pula, buat sungguh-sungguh, Allah ampun dosa.

Pada malam pertama Ramadan dulu, Allah SWT berkata, akan dilepaskan manusia daripada belenggu api neraka setiap malam. Maknanya, jika dalam 29 atau 30 hari ibadat dibuat dengan bersungguh-sungguh, satu Syawal nanti kita seperti dilahirkan semula oleh ibu, fitrah kita ini.

Oleh itu, Aidilfitri sepatutnya suatu kegembiraan kerana kita telah kembali kepada fitrah. Sebab itu semasa Hari Raya Aidilfitri, ia masih dalam kerangka ibadah, cara menyambutnya juga mestilah tidak terkeluar daripada landasan ibadah.

Baca juga: Resepi Kek Viral: Resepi Kek 3 Bahan Dalam Dapur Yang Anda Boleh Buat Sekarang

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...