Resepi Biskut Semperit Raya OREO, Ini Cara Penyediaannya Yang Anda Perlu Tahu

Bila sebut Hari Raya, pastinya kita terbayangkan kuih atau biskut raya yang sangat lazat untuk dinikmati semasa berhari raya selain daripada ketupat dan rendang.

Bagi mereka yang berminat untuk menyediakan biskut hari raya dengan air tangan sendiri, sila dapatkan salah satu resepi kuih raya yang semakin viral kini.

Dapatkan resepi penuh Biskut Semperit Raya Oreo serta cara penyediaan melalui perkongsian ini.

Baca juga: Resepi Kek Viral: Resepi Kek 3 Bahan Dalam Dapur Yang Anda Boleh Buat Sekarang

RESEPI BISKUT SEMPERIT RAYA OREO

Bahan-bahan yang perlu disediakan untuk menyiapkan Biskut Semperit Raya Oreo adalah seperti berikut:

BAHAN-BAHAN

  • 10 keping biskut oreo
  • 200g tepung jagung
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 kuning telur
  • 250g mentega
  • 100g gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 190g tepung gandum
  • Baki biskut oreo, untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN BISKUT SEMPERIT RAYA OREO

Ikuti cara-cara penyediaan Biskut Semperit Raya Oreo yang dikongsikan ini:

  • Patahkan dan kisar halus biskut Oreo.
  • Ayakkan tepung jagung dan serbuk koko.
  • Pecahkan telur dan ambil kuning telur sahaja.
  • Masukkan butter, telur kuning, gula aising kedalam mixer dan kisar sekata.
  • Tambah esen vanila.
  • Kaupkan bahagian bawah adunan supaya semua adunan sebati.
  • Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.
  • Masukkan serbuk Oreo yang dikisar tadi.
  • Teruskan putar dan tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
  • Bila doh sebati, rehatkan sekejap.
  • Patahkan labihan Oreo tadi kepada ketulan kecil untuk dihias atas biskut semperit.
  • Masukkan doh kedalam acuan semperit.
  • Tekan sampai habis atas dulang yang disapu sedikit butter dan lapik dengan baking paper.
  • Susun ketulan Oreo atas doh semperit.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 160 degree Celsius dalam anggaran 15 minit atau biskut masak.
  • Susun atas rak penyejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Tips: Kalau doh masih lembut, tambah tepung gandum sikit demi sedikit sampai dapat adunan yg boleh dipaip dan dibentuk guna acuan.

Resepi Biskut Semperit Raya OREO, Ini Cara Penyediaannya Yang Anda Perlu Tahu

PENGERTIAN AIDILFITRI

Perkataan Aidilfitri mempunyai nilai tertentu untuk umat Islam, Eidi itu bermaksud suatu yang berulang manakala Fitri ialah fitrah.

Jadi Aidilfitri, jika seseorang itu di dalam bulan Ramadan beribadat bersungguh-sungguh, sebab Nabi Muhammad SAW juga ada menyatakan, ibadat bulan Ramadan ini, siangnya, kita buat bersungguh-sungguh puasa, Allah ampun dosa, malamnya pula, buat sungguh-sungguh, Allah ampun dosa.

Pada malam pertama Ramadan dulu, Allah SWT berkata, akan dilepaskan manusia daripada belenggu api neraka setiap malam. Maknanya, jika dalam 29 atau 30 hari ibadat dibuat dengan bersungguh-sungguh, satu Syawal nanti kita seperti dilahirkan semula oleh ibu, fitrah kita ini.

Oleh itu, Aidilfitri sepatutnya suatu kegembiraan kerana kita telah kembali kepada fitrah. Sebab itu semasa Hari Raya Aidilfitri, ia masih dalam kerangka ibadah, cara menyambutnya juga mestilah tidak terkeluar daripada landasan ibadah.

Baca juga: Senarai Jenama Tepung Gandum Tanpa Pemutih Di Pasaran Yang Anda Boleh Beli Untuk Resepi Kueh Berbuka Puasa Anda

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.