Cara Mohon Dana Usahawan Asnaf RAKYATpreneur 2.0 Bank Rakyat

Bank Rakyat telah membuka permohonan kepada usahawan asnaf untuk membuat permohonan Program RAKYATpreneur 2.0 iaitu merupakan inisiatif kewangan sosial bertujuan membantu usahawan asnaf yang berpotensi tinggi untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Permohonan adalah secara bersemuka dan pemohon perlu hadir ke cawangan Bank Rakyat yang terdekat untuk membuat permohonan Program RAKYATpreneur 2.0.

Dapatkan cara membuat permohonan, syarat kelayakan dan tarikh permohonan seperti yang dikongsikan disini.

MANFAAT PROGRAM RAKYATPRENEUR 2.0

Manfaat yang bakal diterima oleh usahawan asnaf sekiranya mengikuti RAKYATpreneur 2.0 adalah seperti berikut:

  • Dapat meningkatkan prestasi perniagaan dengan suntikan dana.
  • Mendapat pengetahuan tentang perniagaan dari pelbagai aspek.
  • Berpeluang untuk memohon produk pembiayaan di Bank Rakyat.
  • Menyediakan peluang pekerjaan dalam pasaran.

TARIKH PENYERTAAN PROGRAM RAKYATPRENEUR 2.0

Tarikh penyertaan Program RAKYATpreneur 2.0 adalah pada:

  • 1 Mei 2021 hingga 31 Mei 2021

SYARAT KELAYAKAN PENYERTAAN PROGRAM RAKYATPRENEUR 2.0

Syarat kelayakan untuk menyertai Program RAKYATpreneur 2.0 adalah seperti berikut:

  • Program ini terbuka kepada kepada semua usahawan asnaf warganegara Malaysia.
  • Beragama Islam.
  • Usahawan berstatus asnaf*
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai perniagaan sendiri dan telah beroperasi minimum 6 bulan dengan pendapatan perniagaan purata bulanan antara RM1,000 hingga RM8,000.
  • Jenis perniagaan/produk dan perkhidmatan patuh syariah.
  • Tidak mempunyai mana-mana pembiayaan daripada institusi kewangan.
  • Tiada rekod jenayah.
* Perakuan asnaf oleh Pusat Zakat/Majlis Agama Negeri/Pegawai Hal Ehwal Agama Islam/Imam berjawatan S29 dan ke atas.
Cara Mohon Dana Usahawan Asnaf RAKYATpreneur 2.0 Bank Rakyat

CARA MOHON PENYERTAAN PROGRAM RAKYATPRENEUR 2.0

Untuk menyertai Program RAKYATpreneur 2.0 anda perlu:

  • Dapatkan borang penyertaan di mana-mana cawangan Bank Rakyat yang terdekat dengan anda.
  • Kembalikan borang tersebut setelah siap diisi dengan lengkap.
  • Sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan.

DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan anda ialah:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan bil utiliti (air/elektrik) 3 bulan
  • Perakuan asnaf oleh Pusat Zakat/Majlis Agama Negeri/Pegawai Hal Ehwal Agama Islam/Imam berjawatan S29 dan ke atas.

TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan akan dimaklumkan mulai:

  • 15 Julai 2021
Nota: Bank Rakyat boleh menukar atau meminda tarikh keputusan permohonan sekiranya perlu.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program RAKYATpreneur 2.0, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.