Program EmpowerNCER@Pulau Pinang Latihan Kemahiran & Keusahawan. Kembangkan Perniagaan Anda Disini

Rakyat negeri Pulau Pinang yang sedang mencari peluang perniagaan,berminat untuk memgembangkan perniagaan dan ingin menjana pendapatan tetapi tiada kemahiran, anda digalakkan untuk menyertai Program EmpowerNCER@Pulau Pinang Latihan Kemahiran dan Keusahawanan.

Program ini sangat menarik dengan pelbagai kursus yang ditawarkan untuk anda dan jangan lepaskan peluang yang telah ditawarkan kepada anda.

Siapakah yang ditawarkan untuk menyertai Program empowerNCER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan? Dapatkan maklumat seterusnya melalui artikel yang dikongsikan ini.

Baca juga: BPR 2021: Cara Log Masuk & Buat Semakan Status Permohonan

INFO RINGKAS PROGRAM EMPOWERNCER

Jabatan Sosioekonomi dan Projek Khas adalah merupakan salah satu jabatan di dalam UMP Advanced. Jabatan Sosioekonomi dan Projek Khas berperanan dalam Program Modal Insan yang mempunyai serampang dua mata melibatkan; Program Akademik bagi meningkatkan prestasi pelajar yang kurang cemerlang; Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan untuk orang dewasa bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Program empowerNCER atau Latihan Kemahiran & Keusahawanan secara PERCUMA ini menawarkan pelbagai kursus menarik kepada golongan B40, Ibu tunggal, belia menganggur & mereka yang telah diberhentikan pekerjaan akibat wabak Covid 19.

GOLONGAN SASARAN PROGRAM EMPOWERNCER

Golongan sasaran yang digalakkan untuk mengikuti Program empowerNCER ini ialah:

  • Golongan B40
  • Berumur 18-45 tahun
  • Ibu/bapa Tunggal
  • Suri Rumah
  • Belia lepasan sekolah/universiti
  • Belia menganggur
  • Pekerja yang hilang pekerjaaan
  • Orang yang bekerja tetapi ingin memajukan lagi kehidupan dengan kemahiran

Program EmpowerNCER@Pulau Pinang Latihan Kemahiran & Keusahawan. Kembangkan Perniagaan Anda Disini

KELEBIHAN PROGRAM EMPOWERNCER

Antara kelebihan Program empowerNCER ini ialah:

  • Kursus percuma 100%
  • Kelas hanya hujung minggu iaitu Sabtu & Ahad (Makan Disediakan)
  • Dapat Sijil selepas tamat latihan
  • Pemantauan & bimbingan, akan diberikan selepas tamat latihan

TEMPOH PROGRAM EMPOWERNCER

Program empowerNCER ini akan dijalankan selama:

  • 3 hingga 6 bulan sahaja

Baca juga: Pelbagai Manfaat Melalui Pakej Pintar Niaga Lazada. Ini Cara Mohon Buat Peniaga

PERTANYAAN & PENDAFTARAN

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran untuk mengikuti Program empowerNCER, sila hubungi:

empowerNCER Daerah Seberang Perai Utara

empowerNCER Daerah Seberang Perai Selatan

empowerNCER Daerah Barat Daya

empowerNCER Daerah Timur Laut

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.