Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pelbagai Manfaat Melalui Pakej Pintar Niaga Lazada. Ini Cara Mohon Buat Peniaga

2,314

Situasi pandemik Covid-19 semakin membimbangkan dari hari ke hari sehingga menyebabkan pendapatan para peniaga terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terjejas teruk.

Untuk membantu para peniaga, Lazada telah memperkenalkan Pakej Pintar Niaga untuk terus kekal dalam perniagaan masing-masing seterusnya menjana pendapatan dengan lebih baik.

Seterusnya dapatkan cara untuk menyertai Pakej Pintar Niaga Lazada melalui perkongsian ini.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services (JOPAC)

INFO RINGKAS PAKEJ PINTAR NIAGA LAZADA

Sejak diperkenalkan pada PKP tahun lalu, Pakej Kedai Pintar 1.0 berjaya membantu 50,000 usahawan PKS menerusi peruntukan RM10 juta.

Lazada menjadi platform e-dagang pertama tampil dengan inisiatif Pakej Kedai Pintar 1.0 tiga minggu selepas PKP pertama dikuatkuasakan.

Lebih menarik, majoriti usahawan PKS mula menikmati manfaat program fasa pertama itu selepas setahun mendaftar.

Untuk Pakej Kedai Pintar 2.0, tahun ini Lazada menambah peruntukan sebanyak RM44 juta dan ia dijangka memanfaatkan lebih 70,000 usahawan PKS.

KOMISEN KOSONG PERATUS

Lazada tidak mengenakan sebarang caj atau komisen kepada peniaga yang menyertai Pakej Kedai Pintar ini.

Ia menjadi bukti kesungguhan dan komitmen Lazada menawarkan sokongan berterusan terutama kepada usahawan PKS yang kini berhadapan pelbagai kesukaran dalam tempoh pandemik.

FESTIVAL MAKANAN LAZAT BAZAAR

Lazada melancarkan festival makanan dalam talian Lazat Bazaar untuk membantu peniaga di bulan Ramadan terutama mereka yang terjejas teruk akibat PKP.

Anda semua dijemput untuk meyokong para usahawan PKS sepanjang Ramadan dengan membuat pembelian di Lazat Bazaar.

 Pelbagai Manfaat Melalui Pakej Pintar Niaga Lazada. Ini Cara Mohon Buat Peniaga

TARIKH MOHON MENYERTAI PAKEJ PINTAR NIAGA

Permohoann untuk menyertai Pakej Pintar Niaga telah bermula pada:

  • 17 Mac 2021

KELEBIHAN MENYERTAI PAKEJ PINTAR NIAGA

Antara kelebihan serta manfaat yang anda akan dapat sekiranya menyertai Pakej Pintar Niaga adalah seperti berikut:

  • Tiada komisen diambil
  • RM300 iklan percuma
  • Pengeposan percuma
  • 90 hari sokongan khusus
  • Pendedahan kempen penjual baru setiap minggu
  • Latihan penjual baru secara mingguan

CARA MENYERTAI PAKEJ PINTAR NIAGA

Jika anda berminat, sila klik pautan berikut dan buat permohonan untuk menyertainya Pakej Pintar Niaga:

 Pelbagai Manfaat Melalui Pakej Pintar Niaga Lazada. Ini Cara Mohon Buat Peniaga

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) Sebanyak RM3,000

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Pakej Pintar Niaga di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...