Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) Sebanyak RM3,000

1,282

Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu menawarkan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) khas buat ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu yang berdaftar.

Pinjaman ini disediakan kepada penjaja dan peniaga kecil untuk memudahkan mereka menggunakannya sebagai modal untuk berniaga sepanjang bulan Ramadan di Bazar Ramadan.

Permohonan adalah secara online dan melalui laman web yang disediakan.

Baca juga: Program Agro-YES Pembiayaan Sehingga RM500,000. Semak Syarat Kelayakan & Mohon Untuk Membiayai Perniagaan Pertanian Anda

INFO RINGKAS SKIM PEMBIAYAAN KHAS BAZAR RAMADAN (SPBAR)

Skim ini telah diperkenalkan pada tahun 2019 dengan peruntukan sebanyak RM160,500 disalurkan kepada 141 ahli persatuan pada tahun tersebut, namun ia dihentikan pada 2020 kerana tiada penganjuran bazar Ramadan berikutan pandemik COVID-19.

Cara Mohon Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) Sebanyak RM3,000

JUMLAH BAYARAN SKIM PEMBIAYAAN KHAS BAZAR RAMADAN (SPBAR)

Jumlah bayaran Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) ialah:

  • RM1,000 hingga RM3,000

SYARAT KELAYAKAN SKIM PEMBIAYAAN KHAS BAZAR RAMADAN (SPBAR)

Syarat yang dikenakan untuk pembiayaan adalah:

  • Perlu dibayar semula kepada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) sebelum 31 Syawal.
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) yakin peniaga dan penjaja kecil mampu membayarnya semula dalam tempoh tersebut kerana telah mendapat wang pusingan modal dan keuntungan hasil perniagaan sepanjang Ramadan.

CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN KHAS BAZAR RAMADAN (SPBAR)

Untuk membuat permohonan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR), anda hanya perlu:

  • Menghubungi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)
  • Menghubungi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu

Anda perlu menghubungi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) atau Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu untuk mendapatkan  cara memohon Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) dengan lebih legkap.

Baca juga: Cara Mohon Aspirasi Capital For Boost Secara Online 3 Minit Sahaja! Pembiayaan Sehingga RM20,000.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...