Perkhidmatan Maybank2u & ATM Tergendala 2 Mac Ini

Pihak Maybank telah mengumumkan bahawa terdapat gangguan perkhidmatan termasuk Maybank2u dan mesin ATM pada 2 Mac 2021 ini.

Untuk mengelakkan sebarang urusan yang akan dilakukan oleh pelanggannya tergendala akibat gangguan perkhidmatan ini, semua pelanggan diminta untuk membuat sebarang urusan dengan lebih awal sebelum tarikh tersebut.

Baca juga: Cara Buka Akaun Maybank Yippie Untuk Anak-Anak. Simpan Sini, Dividen Pun Tinggi

Apakah perkhidmatan Maybank yang tergendala pada hari tersebut? Teruskan bacaan dan dapatkan jenis perkhidmatan yang tergendala semasa gangguan perkhidmatan tersebut.

TEMPOH GANGGUAN PERKHIDMATAN MAYBANK

Tempoh gangguan perkhidmatan Maybank bermula:

  • Tarikh: 2 Mac 2021
  • Jam: 1130 malam sehingga 1159 malam

JENIS PERKHIDMATAN MAYBANK YANG TERGENDALA

Antara perkhidmatan Maybank yang tergendala pada tarikh tersebut ialah:

  • Maybank2u dan bayaran online
  • Aplikasi Maybbank2u My Apps
  • Aplikasi MAE
  • Aplikasi QRPay
  • Pembayaran FPX
  • Aplikasi Wealth
  • IVR
  • Transaksi Debit Card
  • ATM
  • Smart Recycle Machine (SRM)
  • Mesin Deposit Cek

CARA DAFTAR MAE MAYBANK

Untuk mendaftar MAE Maybank, anda perlu:

  • Download MAE Maybank di : ANDROID / iOS
  • Seterusnya buka aplikasi tersebut dan login akaun online banking Maybank jika ada.
  • Klik SAY HELLO TO MAE kemudian klik pada EXPERIENCE MAE NOW.
  • Seterusnya itu sila isi maklumat Email, Negeri dan nombor Invite Code jika ada.
  • Tambah nilai Maybank E-Wallet minima RM10 untuk pengaktifan.
  • Klik SAVINS ACCOUNT dan masukkan jumlah RM10 minima dan klik OK.
  • Klik PROCEED dan klik sekali lagi CONFIRM & PAY.
  • Akaun Maybank MAE E-Wallet sudah diaktifkan.
  • Klik MY DASHBOARD untuk kemaskini setting dan terokai pelbagai kemudahan yang sedia ada.

Info lengkap, rujuk: Cara Daftar MAE Maybank, Aktifkan QR PAY, Split Bill & Buat Tabung Simpanan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai gangguan perkhidmatan sila hubungi Maybank di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.