Mengantuk Dan Lapar Sepanjang Ramadan. 7 Tips Untuk Anda Amalkan

Mengantuk Dan Lapar

Bukan sekadar kanak-kanak sahaja yang rasa mengantuk dan lapar sepanjang bulan puasa, orang dewasa juga turut merasainya sehingga mengganggu tugasan harian.

Pasti anda ingin mengatasi masalah ini bukan.

Mari kita lihat tips yang sesuai untuk anda amalkan sepanjang bulan puasa.

menguap

7 Tips Elak Mengantuk Dan Lapar

Berikut adalah 7 tips yang berguna buat anda untuk mencegah anda daripada mengantuk dan lapar.

1. Latihan Pernafasan

Walaupun kedengaran mudah, namun anda perlu lakukannya dengan betul. terdapat tiga cara yang bernafas dengan betul iaitu bernafas melalui hidung, tarik nafas dalam dan bernafas secara perlahan-lahan. Lakukan teknik ini setiap kali anda melakukan sebarang aktiviti supaya oksigen sampai ke otak dan jantung anda dengan baik.

latihan pernafasan

2. Bersenam

Pastikan anda lakukan senaman ringan. Antara senaman ringan yang dicadangkan adalah seperti berjalan, jogging secara perlahan atau mana-mana yang difikirkan sesuai.

Tapi ingat, lakukan senaman sejam sebelum waktu berbuka atau dua jam selepas waktu berbuka bagi mengelak berlaku dehidrasi atau kepenatan melampau.

senaman

3. Rehat Dan Tidur Yang Cukup

Tidur yang cukup penting untuk kekal aktif sepanjang hari. Amalkan tidur awal di waktu malam memandangkan kebanyakan antara kita akan bangun awal untuk sahur.

Selain itu, anda juga disaran untuk power nap pada siang hari bagi menjana semula tenaga yang semakin berkurangan akibat berpuasa.

tdurnyenyak

 

4. Sibukkan Diri

Ketika berpuasa, kita sering berasa waktu berjalan terlalu perlahan. Cuba anda sibukkan diri dengan tugasan harian seperti menyiapkan kerja di pejabat atau menonton televisyen.

Selain itu, tidak salah jika anda perbanyakkan beribadat di bulan mulia ini.

ibadat

5. Jauhkan Minuman Kafien Dan Bergula

Minuman  bergula tidak dinafikan penting untuk memberi tenaga setelah seharian berpuasa. Namun, anda dinasihatkan mengambil air kosong melebihi kuantiti air bergula bagi mengelak berlaku dehidrasi. Begitu juga dengan minuman berkafien seperti kopi, teh dan minuman bikarbonat.

Ingat, kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air kosong atau lapan gelas sehari untuk kekal segar.

ayaq

6. Makanan Sihat Ketika Bersahur Dan Berbuka

Seharian berpuasa, tidak dinafikan ramai antara kita terlalu mengikut nafsu dalam memilih juadah berbuka atau bersahur. Anda dinasihatkan untuk mengelak pengambilan makanan terlalu pedas dan berminyak. Ini kerana makanan pedas dan berminyak mampu mengundang ketidakselesaan pada sistem pencernaan.

Perbanyakkan pengambilan sayuran serta buah-buahan bagi mendapatkan khasiat semula jadi. Jangan lupa dua biji kurma untuk vitamin A, B dan C atau buah-buahan lain seperti anggur, delima, buah tin, buah zaitun dan buah pisang untuk kesihatan anda.

buahsegar

7. Memikirkan Hal Yang Positif Dan Gembira

Sama seperti hal yang lain dimana anda hanya fokus pada satu perkara sahaja. Begitu juga sekiranya anda sering memikirkan tentang lapar dan mengantuk. Maka anda akan berterusan rasa mengantuk dan lapar. Cuba anda berfikir tentang hal lain yang lebih seronok dan positif seperti akan pergi bercuti, baju raya yang cantik dan berjumpa rakan-rakan anda.

cuti

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda untuk meneruskan berpuasa dengan lebih sihat dan cergas.

Puasa adalah ibadah, elok sekiranya dilakukan dengan ikhlas dan penuh ceria.

Sumber :

  • health.detik.com
  • msn.com
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.