Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2021, Tokoh Perdana Menteri Malaysia

Rakyat Malaysia dipelawa untuk sertai Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2021 : Tokoh Perdana Menteri Malaysia anjuran Arkib Negara Malaysia.

Anda yang berminat untuk menyertai Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2021 : Tokoh Perdana Menteri Malaysia boleh mendapatkan syarat penyertaan serta kelayakkan seperti yang akan dikongsikan disini.

Dapatkan syarat penyertaan mengikut kategori dan buat semakan terlebih dahulu sebelum anda memohon penyertaan Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2021 : Tokoh Perdana Menteri Malaysia anjuran Arkib Negara.

OBJEKTIF PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH MALAYSIA 2021: TOKOH PERDANA MENTERI MALAYSIA

Antara objektif Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2021 : Tokoh Perdana Menteri Malaysia adalah seperti berikut:

  • Menggalakkan masyarakat menjalankan kajian penyelidikan dan penulisan berkaitan dengan tokoh Perdana Menteri Malaysia.
  • Menggalakkan penyelidik menggunakan bahan primer dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penulisan.
  • Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat dengan mengkaji, menulis dan menghargai sumbangan tokoh Perdana Menteri dalam sejarah negara.
  • Memperbanyakkan kajian dan penyelidikan yang bermutu berkaitan dengan tokoh Perdana Menteri.
  • Mendokumentasikan hasil kajian penyelidikan dan penulisan.

Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2021, Tokoh Perdana Menteri Malaysia

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Tarikh tutup penyertaan Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2021 : Tokoh Perdana Menteri Malaysia anjuran Arkib Negara adalah pada:

  • 16 September 2021

3 KATEGORI PENYERTAAN

Penyertaan Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2021 : Tokoh Perdana Menteri Malaysia terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

1. Menengah Rendah

  • Perseorangan atau Kumpulan

2. Menengah Atas/Tingkatan 6/Kolej Vokasional/Matrikulasi

  • Perseorangan atau Kumpulan

3. Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/Institusi Guru (IPG)/Orang Awam

  • Perseorangan sahaja
Nota: Setiap kumpulan TIDAK BOLEH melebihi 3 orang peserta

ASPEK ESEI SEJARAH MALAYSIA 2021: TOKOH PERDANA MENTERI MALAYSIA

Antara aspek esei yang digariskan adalah berkaitan dengan sumbangan Tokoh Perdana Menteri Malaysia yang ada hubung kait dengan mana-mana satu bidang seperti berikut:

  • Politik dan Pentadbiran
  • Ekonomi
  • Sosial
  • Antarabangsa

HADIAH MENGIKUT KATEGORI

Hadiah yang akan diberikan adalah mengikut kategori seperti berikut:

PERKARA KATEGORI A KATEGORI B KATEGORI C
HADIAH UTAMA RM2,000 RM2,500 RM3,000
HADIAH KEDUA RM1,500 RM2,000 RM2,500
HADIAH KETIGA RM1,000 RM1,500 RM2,000
HADIAH SAGUHATI RM200 RM200 RM200
Nota: Guru/Pensyarah Pembimbing kepada peserta akan diberi sijil penyertaan.
Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2021, Tokoh Perdana Menteri Malaysia

MAKLUMAT LANJUT & PENYERTAAN

Sebarang penyertaan mengenai Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2021 : Tokoh Perdana Menteri Malaysia sila hubungi Urusetia dia:

  • 03-2694 7277
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.