Menyusu Anak Di Bulan Puasa. Ini 10 Tips Yang Anda Boleh Ikut

Dilema Ibu Menyusu

Ibu menyusu pasti berada dalam keadaan dilema sama ada susu mereka cukup atau tidak sepanjang bulan puasa nanti.

Tambahan pula si kecil masih dan kuat menyusu. Malahan ibu juga risaukan diri sendiri yang akan keletihan kerana menyusukan si anak.

Sebolehnya, ramai ibu di luar sana tetap ingin meneruskan puasa dan pada masa yang sama ingin kekal bertenaga untuk menyusukan anak masing-masing. Adakah anda mampu? Mari kita lihat tips penyusuan ibu di bulan puasa ini.

pening

Tips Penyusuan Ibu

1. Minum Air Secukupnya

  • Minum air suam secukupnya ketika bersahur dan berbuka. Anda boleh mencuba dengan minum air sebanyak dua hingga tiga liter sehari semasa, selepas berbuka dan ketika sahur.

ibuminum

2. Patuhi Jadual Mengepam Susu

  • Anda perlu patuhi  jadual mengepam susu walaupun anda tidak bekerja, anda tetap perlu memperuntukkan masa untuk mengepam.

3. Makan Makanan Yang Berkhasiat

  • Makan makanan yang berkhasiat dan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

4. Kurma Sebagai Snek

  • Jadikan kurma sebagai snek, banyakkan makan kurma ketika sahur dan di waktu malam.

kurma

5. Power Pumping

  • Lakukan ‘Power Pumping’ seminggu sekali, iaitu teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu – pam payudara sebelah kanan selama 10 minit kemudian pam payudara sebelah kiri selama 10 minit, ulangi mengepam payudara sebelah kanan 10 minit dan ulangi berselang-seli antara payudara kanan dan kiri berterusan selama 1 jam.

6. Mind Set Positif

  • Setting minda anda dengan minda yang positif. Berdoalah agar minda anda sentiasa berfikir dengan positif.  Yakin pada diri yang anda boleh lakukan.

7. Menjaga Kesihatan

  • Anda perlu menjaga kesihatan badan, bekalkan dengan nutrisi secukupnya, amalkan supplement yang dapat membantu dalam penghasilan susu badan.

8. Berdoa

  • Berdoalah pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan kita semua. Juga doakan supaya ibu diberi kesihatan yang baik dan mampu untuk melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan.

doaku

9. Bersahur

  • Untuk ibu yang menyusukan anak, jangan sesekali tinggalkan atau terlepas sahur. Manfaatkan sunnah supaya melambat-lambatkan waktu sahur.

10. Berbuka

  • Begitu juga untuk berbuka puasa, manfaatkan sunnah supaya berbuka di awal waktu di kala azan dilaungkan dan makan makanan yang sihat.

jadua nyusu

 

Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu ibu-ibu yang menyusu untuk mengekalkan penyusuan buat bayi anda dan membantu anda mengekalkan kesihatan sepanjang bulan puasa ini.

Sudah pasti Ramadan bukanlah penghalang kepada para ibu sekalian untuk menunaikan tanggungjawab menyusukan anak masing-masing.

Sumber :

  • siraplimau.com
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.