Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Minumlah Air Kosong Di Antara 6 Waktu Terbaik Ini

978

Air Kosong

Air kosong adalah minuman yang terbaik buat kesihatan kerana ianya mempunyai pelbagai kebaikan dan kelebihan untuk tubuh badan.

Antaranya ialah melancarkan sistem pencernaan tubuh badan, buang toksin dalam badan, tingkatkan sistem imunisasi, melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser serta menyihatkan jantung  dan semestinya menjimatkan wang anda.

Anda perlu minum air kosong dengan jumlah yang tepat dan konsisten serta minum pada waktu yang tepat.

air

6 waktu yang sesuai untuk anda minum air kosong.

Berikut adalah 6 waktu sesuai yang digalakkan untuk anda minum air kosong.

1. Selepas Bangun Tidur

Minum 2 gelas air selepas bangun daripada tidur adalah waktu terbaik kerana  tidur pada waktu malam membenarkan tubuh berehat dan organ melakukan proses detoksifikasi. Ketika ini tubuh akan mengalami dehidrasi atau kekurangan cecair

Air putih ini boleh membantu menggiatkan organ dalaman, merangsang metabolisme dan membuang racun di dalam tubuh.

bgun

2. Sebelum Mandi

Sebelum masuk ke bilik air disarankan untuk mengambil segelas air suam kerana dapat membantu mengembangkan pembuluh darah yang mengakibatkan tekanan darah turun.sekaligus menurunkan tekanan darah dalam tubuh.

3. Sebelum Makan

Anda boleh minum segelas air 30 minit sebelum makan dan minum air semula 30 minit selepas makan. Air yang terlalu banyak selepas makan boleh merosakkan pencernaan kerana mengganggu sistem semula jadi asid dan hempedu yang diperlukan dalam perut untuk proses penghadaman.

minum-air

4. Minum Ketika Anda Penat

Minum satu atau dua gelas air ketika anda rasa penat kerana ketika ini otak kekurangan air dan anda sedang dehidrasi.

5. Sebelum Dan Sesudah Bersenam

Selepas bersenam tubuh anda secara automatik akan mencari air putih untuk menghilangkan penat. Minum air putih dengan banyak sebelum dan sesudah bersenam membantu meningkatkan daya otot tubuh.

minum1

6. Sebelum Tidur

Anda tidak perlu khuatir untuk bangun membuang air kecil jika minum segelas air kosong sebelum tidur. Minum air sebelum tidur membantu membuang toksik yang tidak diperlukan dalam tubuh. Ia juga membantu mengelak serangan angin ahmar dan serangan jantung dan membuat tidur kita terasa lebih nyenyak.

airputih

Minumlah air dengan secukupnya dan jangan berlebihan untuk kesihatan tubuh badan kita.

Semoga dengan perkongsian ini dapat diamalkan dan baik untuk kesihatan anda.

Sumber :

  • SinarPlus
  • remaja.my
  • sentiasapanas.com
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...