Bantuan Tidak Dapat, Duit Simpanan Hilang
Isi Kandungan
Kebimbangan yang dirasai sejak awal pengumuman mengenai pelbagai bantuan oleh kerajaan akhirnya benar terjadi.
Sudah ramai antara kita yang telah menerima mesej daripada pihak yang tidak bertanggungjawab atau scammer untuk menipu sterusnya mengaut wang yang ada di dalam akaun bank anda tanpa anda sedari.
Contoh Mesej Scammer BPN
Mesej scammer adalah seperti berikut :
- Menggunakan nombor telefon peribadi.
- Ayat tidak teratur dan ada kesalahan.
- Meminta maklumat bank seperti contoh di bawah.
Abaikan mesej ini sekiranya anda ada menerimanya.
Apa Kata Pihak LHDNM?
Pihak LHDNM memberi peringatan bahawa:
- Pastikan SMS yang diterima adalah dari nombor 62000 atau 63833 sahaja.
- LHDNM juga tidak akan meminta maklumat peribadi dan perbankan menerusi SMS.
Modus Operandi Scammer
- Mangsa menerima nombor TAC ke mesej tanpa melakukan apa-apa transaksi.
- Scammer akan mesej atau whatsapp atau telefon whatsapp untuk memujuk anda memberikan nombor TAC.
- Memberi pelbagai alasan seperti silap daftar nombor telefon untuk akaun bank.
- Meminta nombor TAC dengan alasan ingin membetulkan nombor telefon.
- Terus menerus mesej,whatsapp dan telefon sehingga mengugut.
- Jangan sesekali berikan nombor TAC tersebut.
Apa Perlu Buat Jika Telah Memberi Maklumat?
Jika anda menyedari itu adalah scammer :
- Tukar kata laluan perbankan internet dengan segera.
- Hubungi pihak bank jika mendapati duit di dalam akaun berkurangan.
Jadi, anda sekali lagi diminta untuk tidak melayan mesej daripada scammer serta lebih berhati-hati dan diharap dengan usaha ini dapat menghentikan usaha mereka membuat penipuan demi penipuan.
Sumber :
- Sinar Harian
- LHDNM
- PTPTN
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.