Anda Pelanggan Bank Rakyat Yang Terkesan Akibat Covid-19? Ini Cara Mohon Moratorium Bank Rakyat Untuk Semua Golongan
Setiap lapisan masyarakat yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan sepanjang Covid-19 menantikan cara untuk melanjutkan serta memohon moratorium dari institusi kewangan yang berkaitan.
Melalui PEMULIH, moratorium institusi kewangan serta agensi yang memberikan pinjaman akan memberikan moratorium kepada mereka yang terjejas tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20.
Begitu juga dengan Bank Rakyat. Pelanggan yang terjejas pendapatan boleh membuat permohonan moratorium seperti yang akan dikongsikan disini.
Baca juga: Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk Semua Golongan & PKS Terjejas
TARIKH PERMOHONAN MORATORIUM BANK RAKYAT
Isi Kandungan
Tarikh permohonan moratorium Bank Rakyat adalah bermula:
- 7 Julai 2021
GOLONGAN SASARAN
Golongan sasaran yang digalakkan untuk memohon moratorium Bank Rakyat ialah pelanggan yang terjejas dan hilang pendapatan seperti:
- Semua golongan B40, M40 dan T20
- Mikro-i dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
PAKEJ BANTUAN YANG DITAWARKAN
Antara pakej bantuan yang ditawarkan melalui moratorium Bank Rakyat ialah:
- Menangguhkan ansuran bulanan selama 6 bulan (moratorium).
- Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
BENTUK BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH
Terdapat 2 bentuk Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH yang ditawarkan oleh Bank Rakyat iaitu:
- Menangguhkan ansuran bulanan selama 6 bulan (moratorium).
- Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
JENIS PEMBIAYAAN YANG TERLIBAT MORATORIUM
Jenis-jenis pembiayaan yang terlibat dengan moratorium Bank Rakyat PEMULIH ialah:
- Pembiayaan Peribadi-i
- Pembiayaan Perumahan-i
- Pembiayaan Kenderaan-i
- Sewa Beli Kenderaan-i
- Pembiayaan Pendidikan-i
- Pembiayaan Berjangka-i yang ditukar daripada baki Kad Kredit-i
CARA MOHON MORATORIUM BANK RAKYAT
Untuk memohon moratorium Bank Rakyat, anda boleh lakukannya secara online melalui pautan berikut:
Kategori B40, M40, T20 & Mikro-i
- Klik pada pautan ini: https://cv19-support.bankrakyat.com.my/
- Pada Permohonan Baru, klik Memohon.
- Tandakan pada Pilihan Bantuan
- Akhir sekali klik Hantar/Submit untuk menghantar permohonan anda.
Kategori PKS
Bagi kategori PKS pula:
- Hubungi Pusat Panggilan 1300800800 atau
- Kunjungi Pusat Perniagaan PKS dan Koperasi (SMEC) yang berdekatan
- Sila isi borang permohonan (Borang Permohonan)
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Tele-Rakyat di:
- 1 300 800 800
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.