Ibu bapa dan penjaga perlu alert dengan beberapa perubahan pendidikan formal negara termasuk kelas agama seperti Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).
Ini kerana Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengumumkan penggantian bahawa Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Tahun 2021 bagi menggantikan subjek bertulis akan dilaksanakan serentak di seluruh negara berdasarkan Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (MPKAFA).
Apakah modul MPKAFA yang akan dilaksanakan nanti?
TARIKH PELAKSANAAN MPKAFA
Isi Kandungan
Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain akan dilaksanakan serentak diseluruh negara mulai:
- 15 November 2021 hingga 30 November 2021
2 BAHAGIAN MPKAFA
Terdapat 2 bahagian penilain MPKAFA iaitu:
Penilaian Lisan
- Penilaian secara lisan berdasarkan silibus Kurikulum KAFA Jakim.
- Bemula dari Tahun 3 hingga Tahun 5
- Markah yang diperuntukkan adalah: 75%
Penilaian Nilai
- Penilaian terhadap nilai, sahsiah, kehadiran PdPR, hasil kerja dan komitmen
- Markah yang diperuntukkan adalah: 25% ( Nilai dan sahsiah 5%, Kehadiran PDPR 10% & Komitmen dan hasil kerja murid 10%)
5 SUBJEK DINILAI MPKAFA
Terdapat 5 subjek dinilai untuk MPKAFA bermula 15 November hingga 30 November 2021 iaitu:
- Bahasa Arab
- Sirah
- Adab
- Jawi
- Ulum Syariah
3 ELEMEN PDPR
Terdapat 3 elemen PDPR yang akan dilaksankan secara bersepadu melibatkan semua guru KAFA disetiap premis KAFA iaitu:
- Dalam talian (Online)
- Luar talian (Offline)
- Off-Site
MUAT TURUN DOKUMEN MPKAFA
Penilai yang dilantik boleh memuat turun dokumen melalui Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM mulai tarikh berikut:
- 8 November 2021 hingga 10 November 2021
Penilai juga boleh memuat turun dokumen MPKAFA di pautan ini:
Atau di:
Juga diingatkan bahawa perubahan ini tidak akan menjejaskan persediaan MPKAFA akan dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan.
TANGGUNGJAWAB & KOMITMEN IBU BAPA
Sebagai ibu bapa dan penjaga inilah tanggungjawab dan komitmen yang perlu anda lakukan agar MPKAFA anak-anak berjalan dengan lancar.
- Maklum berkenaan silibus MPKAFA (silibus kafa anak-anak dari tahun 3 sehingga tahun 5).
- Ibu bapa dan anak-anak akan dimaklumkan jadual hari dinilai sebelum bermulanya penilaian subjek.
- Pastikan ibubapa dan anak-anak boleh dihubungi oleh guru-guru. Sangat penting untuk memudahkan penilaian dibuat.
- Memantau kehadiran dan penglibatan anak-anak dalam PDPR.
- Elakkan risiko pada anak-anak. Jaga kesihatan.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.