Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

MPKAFA Ganti Ujian Bertulis UPKK? Ini Modul MPKAFA Yang Ibu Bapa Perlu Tahu!

3,363

Ibu bapa dan penjaga perlu alert dengan beberapa perubahan pendidikan formal negara termasuk kelas agama seperti Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).

Ini kerana Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengumumkan penggantian bahawa Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Tahun 2021 bagi menggantikan subjek bertulis akan dilaksanakan serentak di seluruh negara berdasarkan Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (MPKAFA).

Apakah modul MPKAFA yang akan dilaksanakan nanti?

TARIKH PELAKSANAAN MPKAFA

Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain akan dilaksanakan serentak diseluruh negara mulai:

  • 15 November 2021 hingga 30 November 2021

2 BAHAGIAN MPKAFA

Terdapat 2 bahagian penilain MPKAFA iaitu:

Penilaian Lisan

  • Penilaian secara lisan berdasarkan silibus Kurikulum KAFA Jakim.
  • Bemula dari Tahun 3 hingga Tahun 5
  • Markah yang diperuntukkan adalah: 75%

Penilaian Nilai

  • Penilaian terhadap nilai, sahsiah, kehadiran PdPR, hasil kerja dan komitmen
  • Markah yang diperuntukkan adalah: 25% ( Nilai dan sahsiah 5%, Kehadiran PDPR 10% & Komitmen dan hasil kerja murid 10%)

5 SUBJEK DINILAI MPKAFA

Terdapat 5 subjek dinilai untuk MPKAFA bermula 15 November hingga 30 November 2021 iaitu:

  1. Bahasa Arab
  2. Sirah
  3. Adab
  4. Jawi
  5. Ulum Syariah

3 ELEMEN PDPR

Terdapat 3 elemen PDPR yang akan dilaksankan secara bersepadu melibatkan semua guru KAFA disetiap premis KAFA iaitu:

  • Dalam talian (Online)
  • Luar talian (Offline)
  • Off-Site

MUAT TURUN DOKUMEN MPKAFA

Penilai yang dilantik boleh memuat turun dokumen melalui Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM mulai tarikh berikut:

  • 8 November 2021 hingga 10 November 2021

Penilai juga boleh memuat turun dokumen MPKAFA di pautan ini:

Atau di:

Nota: Agensi Pelaksana KAFA di setiap negeri, pentadbir di setiap premis dan guru KAFA dimohon memastikan pelaksanaan MPKAFA ini berjalan dengan lancar.

MPKAFA Ganti Ujian Bertulis UPKK? Ini Modul MPKAFA Yang Ibu Bapa Perlu Tahu!

Juga diingatkan bahawa perubahan ini tidak akan menjejaskan persediaan MPKAFA akan dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan.

TANGGUNGJAWAB & KOMITMEN IBU BAPA

Sebagai ibu bapa dan penjaga inilah tanggungjawab dan komitmen yang perlu anda lakukan agar MPKAFA anak-anak berjalan dengan lancar.

  • Maklum berkenaan silibus MPKAFA (silibus kafa anak-anak dari tahun 3 sehingga tahun 5).
  • Ibu bapa dan anak-anak akan dimaklumkan jadual hari dinilai sebelum bermulanya penilaian subjek.
  • Pastikan ibubapa dan anak-anak boleh dihubungi oleh guru-guru. Sangat penting untuk memudahkan penilaian dibuat.
  • Memantau kehadiran dan penglibatan anak-anak dalam PDPR.
  • Elakkan risiko pada anak-anak. Jaga kesihatan.
Nota: Agensi pelaksana KAFA dan pihak-pihak berkaitan berikutan beberapa perubahan dalam perkara ini, JAKIM akan menggunakan pelbagai saluran informasi bagi memastikan maklumat yang jelas dapat disampaikan dengan sebaiknya.
Ibu bapa/penjaga yang telah membaca maklumat ini boleh share dengan ibu bapa/penjaga yang lain juga ya!

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Dalam Negara & Luar Negara Lembaga Zakat Negeri Kedah

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...