Sebelum anda membuat sebarang permohonan kerja, apa kata anda semak pengiktirafan sijil anda terlebih dahulu.
“Di mana saya boleh buat semakan pengiktirafan sijil / diploma / ijazah yang saya perolehi? Bukankah semuanya sudah diiktiraf?”
Walaupun anda berjaya memperolehi sijil / diploma/ ijazah sekalipun, anda perlu membuat semakan kerana dikhuatiri sijil anda tidak diiktiraf oleh MQR iaitu satu badan yang membuat pengiktirafan sijil pengajian anda dan pastinya diikitiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Pengiktirafan ini sangat penting sekiranya anda ingin memasuki pekerjaan di sektor awam atau ketika menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA). Hal ini kerana, anda perlu membawa bersama salinan pengiktirafan sijil anda untuk diberikan kepada pihak yang berkenaan.
Juga rujuk : Temuduga SPA : Rujuk Cara Susun Dokumen Dan Cara-Cara Lengkapkan MyResume
KANDUNGAN PENGIKTIRAFAN MQR
Isi Kandungan
Apakah yang terdapat di dalam pengiktirafan MQA atau nama penuhnya Malaysian Qualifications Register (MQR) ini?
Antara maklumat yang ada ialah:
- Nama dan alamat institusi pendidikan tinggi (IPT)
- Nombor rujukan kelayakan
- Nama kelayakan
- Bidang kelayakan
- Tempoh sah laku
- Tahap kelayakan
- Jam kredit bergraduat
LANGKAH SEMAKAN SIJIL / DIPLOMA / IJAZAH DI MQR
Untuk membuat semakan, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Klik pautan ini: SEMAKAN SIJIL MQR
- Seterusnya klik pada CARIAN KELAYAKAN dan klik institusi pendidikan yang berkaitan seperti Universiti / Politeknik / Kolej / Institusi.
- Klik pada NAMA IPTA dan NEGERI IPTA pada senarai yang dipaparkan.
- Klik pada nombor yang berwarna biru.
- Seterusnya status kelayakan anda akan dipaparkan dengan maklumat lengkap seperti gambar di bawah.
- Akhir sekali, cetak status pengiktirafan sijil anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda mempunyai pertanyaan berkaitan semakan kelayakan sijil, anda boleh hubungi MQR di :
- Telefon : 03-7968 4052
- Emel : [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.