Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pas Perjalanan My30 Akan Digantikan Dengan My50 Mulai 1 Januari 2022

939

Dah habis ke gunakan Pas Perjalanan My30? Kalau belum, anda boleh gunakan sehingga habis kerana Tahun 2022 ia akan digantikan dengan Pas Perjalanan My50.

Adakah Pas Perjalanan My50 sama dengan Pas Perjalanan My30 atau berbeza?Bilakan tarikh sebenar perlaksanaan Pas Perjalanan My50?

Dapatkan terma dan syarat Pas Perjalanan My50 disini dan buat permohonan dengan di lokasi yang dikongsikan ini.

INFO RINGKAS PAS PERJALANAN MY50

My50 ialah pas perjalanan tanpa had yang menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had di Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang.

  • Untuk Pulau Pinang, My50 Mutiara Pass menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan bas Rapid Penang.
  • Untuk Kuantan, My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

TARIKH PELAKSANAAN PAS PERJALANAN MY50

Menteri Pengangkutan Dato’ Sri Ir. Wee Ka Siong mengumumkan bahawa Pas Perjalanan My50 akan dilaksanakan pada:

  • 1 Januari 2022

Ia boleh digunakan mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

DIMANA BOLEH DAPATKAN MY50?

Anda boleh membuat pembelian Pas Perjalanan My50 di:

Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL

  • Semua stesen LRT
  • Semua stesen MRT
  • Semua stesen Monorel
  • Semua stesen BRT

Hab Bas Terpilih 

  • Pasar Seni
  • Chow Kit
  • KLCC
  • Sri Nilam
  • Puchong Utama
  • Titik Mutiara
  • Sunway Pyramid
  • Kayu hijau
  • Seksyen 2 Shah Alam

Rapid Penang Kioks

  • Komtar
  • Weld Quay (Terminal B)
  • Penang Sentral
  • Bukit Jambul
  • Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
  • Kompleks Dato’ Kailan (Kepala Batas)
  • Balik Pulau
  • Bukit Mertajam

HARGA PAS PERJALANAN MY50

Anda boleh dapatkan Pas Perjalanan My50 dengan harga seperti berikut:

  • RM50 sahaja!

Tiada yuran langganan untuk My50. Anda hanya perlu membayar harga pas iaitu RM50 sahaja. Walau bagaimanapun, anda masih perlu mengekalkan nilai dompet minimum sebanyak RM5 dalam MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go anda.

Nota: Nilai dompet minimum tidak perlu ditambah nilai setiap bulan melainkan anda telah menggunakan nilai tersebut untuk pembayaran lain.

SYARAT & KELAYAKAN PEMBELIAN PAS PERJALANAN MY50

Syarat dan kelayakan untuk pembelian Pas Perjalanan My50 ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Kemukakan Kad Pengenalan (MyKad) atau Kad MyTentera

Bagi pelajar pula,

  • Pelajar di bawah umur 12 tahun boleh memohon terlebih dahulu melalui dalam talian untuk Kad Konsesi Pelajar MyRapid.
  • Selepas mengambil kad konsesi anda di mana-mana stesen pilihan, anda boleh membeli My50 di Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL.
  • Pengaktifan pas akan berada dalam kad konsesi anda. Bagi Rapid Penang, pelajar di bawah umur 12 tahun boleh membeli My50 Mutiara Pass di mana-mana kiosk Rapid Penang di Pulau Pinang.

Seterusnya, anda perlu:

  • Anda mesti memperbaharui My50 anda 7 hari sebelum atau 7 hari selepas tamat tempohnya.

2 cara untuk memperbaharui My50 adalah seperti berikut:

  • Hadir di mana-mana Kaunter Perkhidmatan Pelanggan rel Rapid KL, Hab Bas terpilih dan Kiosk Rapid Penang.
  • Pengguna Rapid KL boleh mengaktifkan secara automatik dan hanya perlu memastikan kad mempunyai nilai yang mencukupi pada bulan-bulan berikutnya.

Pas Perjalanan My30 Akan Digantikan Dengan My50 Mulai 1 Jan 2022

Baca juga: Dokumen Penting JPJ Rosak/Hilang Akibat Banjir Boleh Diganti Secara Percuma Sahaja

SUMBER

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Pas Perjalanan My50 sila ajukan ke saluran berikut:

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...