Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

MyBR1M: Soalan Lazim Permohonan Baru & Kemaskini BR1M 2018

0 3,023

Portal MyBR1M kini digunakan bagi urusan rasmi permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 yang bermula sejak 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.

Berikut dikongsikan beberapa soalan lazim bagi menjawab segala persoalan anda tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia tahun depan.

Sila rujuk tarikh pembayaran BR1M 2018 untuk info lanjut tentang jadual dan jumlah pembayaran BR1M pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018.

MyBR1M: Manual Permohonan BR1M 2018

mybr1m

  1. Untuk permohonan baru, layari portal rasmi eBR1M kemudian klik pada butang “Permohonan Baru”
  2. Masukkan nombor kad pengenalan
  3. Klik “Hantar”

Sila lengkapkan maklumat yang diminta. Untuk info lanjut layari manual Permohonan Baru BR1M 2018.

Senarai Bank Bagi Pembayaran BR1M 2018

bank br1m

Berikut adalah senarai bank yang terlibat bagi pembayaran BR1M pada bulan Feb, Jun dan Ogos tahun depan.

  1. AFFIN BANK
  2. AGRO BANK
  3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
  4. AM BANK BERHAD
  5. AL RAJHI BANK
  6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  7. BANK RAKYAT
  8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  9. BANK SIMPANAN NASIONAL
  10. CIMB BANK BERHAD
  11. CITIBANK BERHAD
  12. HONG LEONG BANK
  13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
  14. MAYBANK
  15. OCBC BANK
  16. PUBLIC BANK BERHAD
  17. RHB BANK BERHAD
  18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
  19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

FAQ BR1M 2018

Berikut antara soalan lazim yang kerap ditanya ketika proses permohonan BR1M dibuka.

Q: Bilakan permohonan baru / kemaskini BR1M 2018 dibuka?

A: Pendaftaran BR1M 2018 bermula pada 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017 (tertakluk kepada pindaan).

Q: Siapa yang layak memohon BR1M 2018?

A: Hanya mereka yang memenuhi syarat-syarat di bawah sahaja layak memohon BR1M, antaranya:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018

Q: Sekiranya layak, macam mana untuk membuat permohonan BR1M 2018?

A: Permohonan BR1M boleh dibuat sama ada dengan mengisi borang di kaunter LHDN atau mengisi borang secara online di portal rasmi eBR1M.

Q: Apakah dokumen yang diperlukan ketika proses permohonan?

A: Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

  • Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • MyPR / MyKAS / Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau dokumen perjalanan seperti pasport dan Visa bagi pasangan / tanggungan bukan warganegara Malaysia.
  • Salinan pembuktian status perceraian / kematian pasangan bagi status Ibu Bapa Tunggal / Balu /Janda / Duda (jika berkaitan). Sijil perceraian pemohon yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau JPN .

Anda perlu mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan BR1M 2018 (BK-17) semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM jika permohonan BR1M 2018 dibuat secara dalam talian.

Q: Sekiranya telah menghantar borang permohonan secara online, perlukah saya menghantar dokumen sokongan?

A: Ya. Anda perlu kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan sekiranya terdapat mesej peringatan penghantaran salinan dokumen sokongan yang dipaparkan semasa permohonan dalam talian dibuat. Dokumen sokongan yang diperlukan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Q: Adakah penerima BR1M sebelum ini perlu memohon semula BR1M 2018?

A: Penerima BR1M perlu mengemas kini maklumat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 (tiga) tahun permohonan. Oleh itu, bagi penerima BR1M 2014 yang tidak mengemaskini permohonan sehingga BR1M 2017 perlu membuat permohonan baru pada BR1M 2018.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...