Para peniaga yang ingin dapatkan premis perniagaan dengan harga yang berbaloi dan berpatutan boleh mendapatkannya melalui Portal MyPremis MARA seperti yang ditawarkan oleh MARA.
Untuk pengetahuan anda juga, terdapat 1,066 lot niaga yang ditawarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada para usahawan Bumiputera di seluruh negara.
Permohonan adalah secara online dan dapatkan cara membuat permohonan lot niaga seperti yang akan dikongsikan disini.
Baca juga: Bantuan One-Off RM500 Kepada Penjaja/Peniaga Bazar Ramadan Negeri Selangor
SYARAT PERMOHONAN & KELAYAKAN PENYEWAAN PREMIS PERNIAGAAN MARA MYPREMIS
Isi Kandungan
Antara syarat permohonan dan kelayakan penyewaan premis perniagaan MARA MyPremis ialah:
- Warganegara Malaysia
- Bumiputera
- Bebas Senarai Hitam MARA
- Tidak Bankrap
- Telah mendaftarkan perniagaan/syarikat
- Kesesuaian dan daya maju perniagaan atau perusahaan yang dicadangkan
- Had umur 16 hingga 60 tahun semasa permohonan dibuat
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PENYEWAAN PREMIS PERNIAGAAN MARA MYPREMIS
Untuk membuat permohonan penyewaan premis perniagaan MARA MyPremis adalah seperti berikut:
- Klik pautan berikut: https://premis.mara2u.my/portal/form_apply.php
- Isikan borang permohonan secara online dengan lengkap.
- Muat naik dokumen perniagaan yang diperlukan.
- Klik HANTAR untuk menghantar permohonan anda.
SEMAK STATUS PERMOHONAN
Untuk membuat semakan status permohonan pula:
- Klik pautan berikut: https://premis.mara2u.my/portal/form_semak.php
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN PEMOHON dan EMAIL yang telah didaftarkan.
- Seterusnya klik SEMAK. Keputusan permohonan akan dipaparkan.
LOKASI KEKOSONGAN LOT NIAGA MYPREMIS MARA
Lokasi kekosongan lot niaga yang ditawarkan oleh MyPremis adalah:
Atau dapatkan maklumat dengan lebih lengkap di:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan sewaan premis melalui Portal MyPremis di:
- https://premis.mara2u.my/portal/
- 03-2613 2000
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.