Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Pengambilan Guru Ganti Personel MySTEP PPD Hulu Selangor Tahun 2022

2,378

Nak dapatkan pengalaman kerja sebagai seorang guru sebelum mendapat panggilan sebagai guru dari Kementerian Pendidikan Malaysia?

Jika ya, anda boleh membuat permohonan pengambilan Guru Ganti Personel MySTEP di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor mulai sekarang.

Dapatkan cara-cara membuat permohonan disini seterusnya buat permohonan dengan mengisi borang pada pautan yang dikongsikan ini.

APA ITU GURU GANTI?

Apakah itu guru ganti? Kalau anda nak tahu, guru ganti ialah:

  • Guru yang menggantikan tempat guru lain yang tidak dapat berada di sekolah pada suatu-suatu masa tertentu.
  • Guru Ganti membantu untuk mengisi kekosongan tatkala guru-guru terlatih megambil cuti sakit, bersalin atau menghadiri kursus.
  • Kekosongan sementara yang berlaku ini ditampung dengan khidmat Guru Ganti yang majoritinya terdiri daripada pelajar lulusan SPM atau STPM.
  • Guru Ganti tidak memiliki sebarang latihan ikhtisas dan hanya dilantik secara kontrak.
  • Sekolah dibenarkan mengambil guru ganti sekiranya terdapat kekosongan selama minimum 28 hari.

TEMPOH PERMOHONAN GURU GANTI PPD HULU SELANGOR

Anda boleh membuat permohonan pada bila-bila masa kerana ia dibuka:

  • Sepanjang tahun dan perlantikan dibuat mengikut keperluan semasa.

SYARAT KELAYAKAN GURU GANTI PPD HULU SELANGOR

Syarat-syarat kelayakan Guru Ganti PPD Hulu Selangor adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Berumur antara 18-30 tahun (bukan siswazah) atau 18-35 tahun (siswazah)
  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat SPM.

KADAR UPAH

Kadar upah yang bakal diterima oleh Guru Ganti PPD Hulu Selangor adalah seperti berikut:

  • SPM: RM1,600
  • STPM/Diploma: RM1,800
  • Ijazah: RM2,000
Nota: Taraf perlantikan adalah secara kontrak mengikut kekosongan dari semasa ke semasa.

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara kemudahan yang disediakan kepada Guru Ganti ialah:

  • Cuti rehat 12 hari/setahun dan Cuti Sakit 14 hari/setahun (Dikira secara purata (pro rate) berdasarkan tempoh kontrak)
  • Caruman KWSP dan PERKESO

TEMPAT BERTUGAS

Sekiranya berjaya dalam permohonan, anda akan ditempatkan di:

  • Sekolah Rendah atau Menengah Daerah Hulu Selangor

CARA MOHON GURU GANTI MYSTEP PPD HULU SELANGOR

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Cara Mohon Pengambilan Guru Ganti Personel MySTEP PPD Hulu Selangor Tahun 2022

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dari pihak urusetia adalah dianggap tidak berjaya.

IKLAN PENGAMBILAN

Cara Mohon Pengambilan Guru Ganti Personel MySTEP PPD Hulu Selangor Tahun 2022

Jika anda berminat untuk menjawat jawatan dengan Perkhidmatan Pendidikan, anda boleh mengisi permohonan secara online dipautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengambilan Guru Ganti MySTEP PPD Hulu Selangor, sila ajukan ke talian berikut:

  • 03-6065 1105
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...