Siapa disini yang tidak mahu sekiranya ditawarkan pembiayaan untuk perniagaan sehingga RM100,000?
Sehubunganitu, graduan atau belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan dipelawa untuk memohon latihan keusahawanan N-GENE.
Malah, anda juga akan menerima pembiayaan bermula RM3,000 sehingga RM100,000 sekiranya memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan.
INFO RINGKAS NEW GEN ENTREPRENEURS ONLINE BOOTCAMP (N-GENE)
Isi Kandungan
N-GENE merupakan sebuah program latihan asas keusahawanan secara dalam talian serta bimbingan perniagaan end-to-end untuk membantu graduan/belia memulakan perniagaan berisiko rendah.
Bagi graduan/belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, peserta akan dibimbing melalui perniagaan francais/pra-francais.
Peserta juga akan diberi sokongan dengan Geran Mikro Permulaan Perniagaan sebanyak RM3,000/seorang.
MANFAAT PROGRAM
Apakah manfaat program yang bakal graduan/belia ini perolehi jika mengikuti program N-GENE?
- Latihan asas keusahawan secara dalam talian dan bimbingan perniagaan secara PERCUMA;
- Geran mikro permulaan perniagaan sebanyak RM3,000; dan
- Dipadankan dengan perniagaan francais/pra-francais bagi yang belum memulakan perniagaan
JUMLAH GERAN N-GENE
Jumlah pembiayaan geran N-GENE adalah:
- Bermula RM3,000 seorang sehingga RM100,000
SYARAT PENYERTAAN
Para graduan dan belia yang ingin mengikuti program N-GENE ini mestilah melepasi syarat yang ditetapkan iaitu:
- Mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon juga mestilah berumur 18 hingga 40 tahun sahaja.
- Pemohon adalah graduan Diploma dan ke atas adalah nilai tambah bagi permohonan N-GENE.
- Baru memulakan perniagaan.
- Berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, sama ada telah atau belum mempunyai perancangan perniagaan.
PENDAFTARAN
Jika berminat, sila buat pendaftaran melalui pautan ini:
Saluran 1
Saluran 2
![[N-GENE] Cara Mohon Latihan Keusahawanan Dengan Pembiayaan Sehingga RM100,000](https://kini.my/wp-content/uploads/2021/10/n-gene-15-oktober.jpeg)
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan dan pendaftaran N-GENE, sila hubungi Sekretariat yang bertugas disaluran berikut:
- [email protected]
- 03-2935 8989 (sambungan 302)
Pn. Nurul Syarmiera binti Yusof
En. Muhammad Haiban bin Mohd Rohim
En. Ahmad Nazrin Shah bin Ahmad Nazimuddin