Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Nak Kurus Raya Ni, Ini Menu Berbuka Paling Ideal Nak Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadan

1,722

Bulan puasa atau bulan puasa adalah bulan yang diberkati Allah. Malah ia amat dinanti-nantikan oleh orang Islam seluruh dunia.

Ada yang berazam untuk kekal langsing di bulan puasa dan kuruskan badan disamping melakukan ibadah kepada Allah SWT. Ketika ini lah perut dan sistem pencernaan akan berehat seketika setelah bekerja keras tanpa rehat.

Maklumlah, pasti ramai yang ingin bergaya dengan baju baru dan cantik di hari raya nanti.

Jadi, bagaimanakah untuk berdiet pada bulan puasa nanti? Apakah menu yang terbaik pada waktu berbuka, moreh dan sahur?

Lihat perkongsian ini.

Menu Diet Bulan Puasa

Apabila berpuasa, hormon insulin akan berkurangan dan badan kita akan memberi isyarat kepada badan untuk membakar gula simpanan supaya menghasilkan tenaga. Namun apabila gula simpanan telah habis dibakar, badan manusia akan terus membakar lemak untuk mengantikannya.

Lalu proses itulah yang menyumbang kepada penurunan berat badan. Dan ia akan menjadi lebih mudah sekiranya anda tahu cara pemakanan yang betul.

insulin

Jadi cuba kita lihat menu yang betul ketika berbuka, moreh dan sahur ini.

Menu Berbuka

Berikut adalah menu berbuka yang baik untuk dimakan selepas seharian sistem pencernaan berehat daripada tugasannya..

  • Makan 3 biji kurma bersama segelas air kosong.
  • Lebihkan pengambilan protein seperti telur, ikan, daging mahupun ayam. Elok dimakan dengan cara dibuat sup, stim atau dibakar.
  • Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buah.
  • Jangan sesekali makanan manisan seperti kuih, puding dan sebagainya sepanjang bulan Ramadhan ini.

kurma dan air kosong

Menu Moreh

Anda disarankan untuk makan buah-buahan atau sayur-sayur sebagai snek malam jika perut anda terasa lapar. Elakkan makan jajan seperti keropok dan sebagainya.

makan buah

Menu Sahur

  • Pastikan anda makan sahur. Jika anda tidak makan sahur, anda akan makan banyak pada waktu berbuka nanti
  • Makan makanan seperti roti, oat, bijirin atau kurma, buah-buahan kering dan minum susu segar selain daripada nasi.
  • Elakkan makanan bergoreng kerana ia membuatkan anda dahaga yang keterlaluan di waktu siang.

sahur

Lebihkan Minum Air Kosong

Pada bulan puasa, jadual minum air juga mengalami perubahan. Anda boleh ikuti jadual pengambilan air kosong mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia seperti berkut :

  • 1 gelas selepas bersahur
  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawih
  • 1 gelas sebelum tidur

tips minum air

Sumber :

  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Yusliza Yakimir
  • Hamad.qa
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...