Nak Simpan atau Buang Plastik Bungkusan Barang Yang Baru Di Beli Sepanjang COVID-19? Ibu-ibu Baca Ni

Beli Barang Dan Beg Plastik

Semenjak PKP telah dijalankan, ramai antara kita lebih menggemari membuat pembelian secara talian atau online kerana ianya lebih mudah dan tidak perlu keluar untuk membeli barangan.

Namun, ada yang khuatir sama ada terjamin atau tidak tdak dengan kebersihan sekiranya mereka membuat pembelian secara online ini terutamanya plastik yang digunakan untuk pembungkusan.

Anda mesti terfikir sama ada penghantar yang menghantar barangan tersebut menjaga kebersihan seperti mana garis panduan yang diberikan atau tidak.

Ada yang lebih gemar membeli barang sendiri di pasaraya, kedai runcit atau di pasar tani sehingga berbeg-beg plastik digunakan untuk membawa barang-barang yang telah dibeli.

Paling utama disini adalah plastik yang digunakan untuk membungkus barang yang telah dibeli tadi.

Adakah ianya selamat untuk disimpan atau perlu dibuang?

plastik1

Ketahanan Covid-19 Di Permukaan Plastik

Covid-19 dikatakan mampu bertahan di permukaan plastik selama 2-3 hari namun anda tidak perlu khuatir kerana risiko untuk dijangkiti melalui plastik atau sebarang permukaan lain adalah rendah berbanding jangkitan melalui manusia.

“Walaupun virus boleh ada pada barang, tetapi risiko jangkitan melalui barang adalah lebih rendah dibandingkan jangkitan melalui orang.

Jadi, risiko yang lebih tinggi ialah semasa mengambil barang yang dipesan sebab waktu itulah kita akan berjumpa orang.”

(Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Safiya Amaran)

Sumber : SinarPlus

Nak Simpan Atau Buang Beg Plastik

Bagi kaum ibu terutamanya sangat gemar menyimpan plastik untuk kegunaan akan datang. Contohnya menyimpan barang basah untuk disimpan di dalam peti ais atau menjadikan plastik tersebut untuk membuang sampah atau kitar semula dengan membawa ke pasar untuk mengelakkan pembaziran.

Sekiranya ibu-ibu ingin menyimpan plastik tersebut untuk kegunaan seterusnya, apa kata ikuti langkah berikut :

  1. Letakkan beg plastik terus ke dalam sinki.
  2. Letakkan barang atau makanan di dalam plastik tadi ke bekas yang lain.
  3. Cuci barang-barang seperti biasa.
  4. Cuci plastik tadi dengan sabun dan keringkan.
  5. Cuci sinki anda bersih-bersih dengan sabun selepas guna.

cucisayur

Selepas anda mencuci plastik tadi, anda juga perlu mencuci tangan anda menggunakan sabun sehingga bersih.

Sekiranya anda ingin membuang terus plastik tadi, ulangi langkah seperti di atas tanpa menunggu plastik kering dan terus membuangnya dengan memasukkan ke dalam plastik lain yang bersih serta perlu mencuci tangan anda dengan sabun.

cucitangan

Mudahkan.

Pilihan untuk menyimpan atau membuangnya terletak pada anda. Pentingnya di sini adalah tatacara untuk menguruskan plastik tersebut sekiranya anda ingin guna semula atau membuangnya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi panduan buat anda.

Sumber  :

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.