Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bacaan Niat Dan Lafaz Niat Puasa Harian Dan Sebulan Di Bulan Ramadhan

0 1,976

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah salah satu kewajiban bagi setiap umat Islam. Ibadah ini merupakan salah satu ibadah yang tergolong dalam Rukun Islam. Jadi setiap umat Islam yang tiada keuzuran wajib menunaikannya.

Ibadah ini wajib dilakukan pada sepanjang bulan Ramadhan di mana setiap umat Islam wajib menahan diri daripada makan dan minum atau melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Berpuasa dapat menyedarkan kita betapa susahnya hidup saudara seagama dengan kita yang diuji dengan ujian kemiskinan sehingga terpaksa berlapar setiap masa. Puasa juga dapat mendidik diri untuk mensyukuri segala nikmat yang telah Allah S.W.T kurniakan.

MAKSUD PUASA

Berpuasa dari konteks bahasa bermaksud menahan diri. Bagi konteks istilah syarak pula berpuasa membawa maksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta dengan niat.

ramadhan 2

DALIL DIWAJIBKAN BERPUASA DARIPADA AL-QURAN DAN HADIS

Berpuasa pada bulan Ramadhan diwajibkan ke atas setiap umat Islam. Berikut merupakan dalil diwajibkan ibadah ini ke atas umat Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183 mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu. mudah-mudahan kamu bertaqwa.”

Daripada Ibnu Umar R.A. dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

“Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, solat, membayar zakat, puasa di Bulan Ramadhan dan menunaikan haji. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).”

ramadhan 3

BACAAN NIAT DAN LAFAZ NIAT PUASA

  • Niat dan lafaz niat harian
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu Sauma Ghadin ‘An Ada-i’ Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

  • Niat dan lafaz niat untuk sebulan
ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺻَﻮْﻡَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ كُلِّهِ ﻟِﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Rumi: Nawaitu Sauma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksud: Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

AMALAN SUNNAH BULAN RAMADHAN

Berikut merupakan amalan-amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. yang boleh kita amalkan pada bulan Ramadhan. Antaranya:

  • Membaca Al-Quran
  • Berzikir
  • Gandakan sedekah
  • Melewatkan Sahur dan mempercepatkan berbuka
  • Berbuka dengan manisan atau kurma serta kismis.

ramadhan 4

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga Ramadhan yang akan menjelma tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya buat kita semua.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...