Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

4 Jenis Oximeter Murah, Mampu Milik & Lulus KKM/MDA Yang Boleh Dibeli Secara Online

1,462

Sejak akhir-akhir ini, alat untuk membaca paras oksigen dalam darah atau pulse oximeter menjadi carian utama di Malaysia.

Ini kerana ramai yang telah sedar kepentingan alat ini di musim pandemik Covid-19 yang semakin hari semakin meragut nyawa pesakitnya.

Tetapi anda semua harus ingat, jangan main beli aje pulse oximeter secara online. Buat perbandingan terlebih dahulu walaupun ianya murah dan mampu dimiliki. Pastikan ianya lulus KKM/MDA sebelum buat pembelian.

CARA BACAAN TAHAP OKSIGEN DALAM DARAH GUNA OXIMETER

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tahap bacaan oksigen normal menerusi pulse oximeter adalah:

  • Antara 95% atau lebih

Sekiranya bacaan kurang dari 94% anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan pemeriksaan.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA Sehingga RM5,000 Kepada Waris Pesakit

4 SENARAI OXIMETER, MURAH & MAMPU MILIK LULUS KKM/MDA

Terdapat pelbagai jenis oximeter yang boleh anda beli secara online untuk membaca paras oksigen dalam darah anda.

Namun diingatkan bahawa tidak semua oximeter yang dijual lulus KKM/MDA.

Untuk memudahkan anda membuat pembelian oximeter secara online dengan harga mampu milik tetapi lulus KKM/MDA, sila dapatkan senarainya disini.

Yuwell Finger Clip Pulse Oximeter YX302

  • Harga: RM80
  • Dapat membaca SpO2 & SaO2
  • Boleh melakukan selepas bersukan
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Tidak sesuai untuk memantau pesakit secara berterusan.
  • Tidak boleh guna ketika bersukan.
  • Jimat penggunaan bateri
  • Diluluskan oleh MDA di bawa nombor pendaftaran YGC9480821-57718.
  • Link pembelian: https://shopee.com.my/

JOYLEE® Pro Fingertips Pulse Oximeter

  • Harga: RM99
  • Boleh digunakan selepas melakukan aktiviti sukan lasak
  • Sesuai untuk golongan lebih 60 tahun
  • Tidak sesuai untuk neonatal
  • Sesuai untuk penyakit vaskular, mereka yang bekerja lebih dari 12 jam sehari, mereka yang melakukan sukan lasak, kronik alkohol dan lain-lain.
  • Sesuai digunakan dalam kalangan ibu mengandung dan anak kecil berusia satu tahun keatas.
  • Diluluskan oleh pihak MDA dibawah nombor pendaftaran GC6804921-68270.
  • Link pembelian: https://shopee.com.my/

Yonker & Yongrow Pulse Oximeter Blood Oxygen Saturation Monitor SPO2 Rate

  • Harga: RM45.80
  • Mengukur dengan cepat dan tepat
  • Mempunyai sistem penggera
  • Murah
  • Tidak mempunyai sistem Bluetooth
  • Menggunakan 2 bateri AAA dan mempunyai sistem penggera untuk bacaan SpO2 dan denyutan nadi yang telah disetkan.
  • Diluluskan oleh MDA di bawa nombor pendaftaran GC4998120-43555.
  • Link pembelian: https://shopee.com.my/

Omron Oximeter Finger Clip Oxygen Saturation Monitor PI Respitory Rate Heart

  • Harga: RM52.22
  • Kesan bacaan secepat 8 saat sahaja
  • Harga mampu milik
  • Menggunakan 2 bateri AAA dan mempunyai sistem penggera untuk bacaan SpO2 dan denyutan nadi yang telah disetkan.
  • Diluluskan oleh FDA
  • Link pembelian: https://shopee.com.my/

oximeter

Ingat, oximeter tidak boleh digunakan untuk ujian Covid-19 sebaliknya anda perlu melakukan ujian saringan atau menggunakan kit test kendiri Covid-19 yang boleh didapati di mana-mana farmasi di seluruh negara.

Semoga perkongsian ini membantu anda. Jaga diri dan jaga SOP ya! Kita jaga kita.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...