Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kit Ujian Kendiri Covid-19 & Ketahui Tips Selamat Guna Kit Ujian Kendiri Yang Dikongsikan KKM Ini

2,594

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan 6 Kit Ujian Kendiri Covid-19 dan ianya boleh didapati di farmasi yang berdekatan dengan anda.

Namun, anda perlu jujur dengan diri sendiri sekiranya melakukan ujian ini dan perlu update MySejahtera anda.

Ingin buat ujian Covid-19 dengan Kit Ujian Kendiri Covid-19? Ikuti tips selamat yang dikongsikan oleh KKM ini.

JENIS KIT

Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang boleh digunakan adalah yang mendapat rekomendasi dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Senarai jenis kit ujian ini akan dikemaskini di laman web MDA dari semasa ke semasa.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA Sehingga RM5,000 Kepada Waris Pesakit

CARA PENGGUNAAN KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

Cara penggunaan Kit Ujian Kendiri Covid-19 adalah seperti berikut:

Sebelum memulakan prosedur

  • Membaca arahan penggunaan kit dengan teliti.
  • Memeriksa dan memastikan kit lengkap, tidak melepasi tarikh luput dan tidak rosak.
  • Mencuci tangan sebelum memulakan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.
  • Memastikan tempat melakukan prosedur ini kering, bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik.
  • Memastikan tiada orang berhampiran bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
  • Sekiranya prosedur ini perlu dibantu oleh orang lain, pembantu perlu memakai sekurang-kurangnya pelitup muka dan sarung tangan bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
  • Prosedur tidak dilakukan di tempat awam dan tidak berada berdekatan dengan orang lain bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.

Prosedur ujian

  • Mengambil sampel (air liur, nasal swab dan lain-lain) secara kendiri seperti yang dinyatakan pada arahan kit (instruction kit).
  • Melakukan ujian menggunakan Kit Ujian Kendiri Covid-19 dengan cermat mengikut arahan kit.
  • Membaca keputusan pengujian dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada arahan kit bagi mengelakkan keputusan yang tidak tepat.

Selepas melakukan prosedur

  • Memastikan semua alatan kit dimasukkan ke dalam plastik dan ikat dengan sempurna.
  • Melupuskan plastik yang mengandungi kit ini ke dalam tong sampah.
  • Menjalankan disinfeksi kawasan prosedur dengan larutan disinfeksi yang bersesuaian selepas prosedur pengujian.
  • Mencuci tangan menggunakan sabun dan air selepas selesai menjalankan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.

May be an image of text

PELAPORAN KEPUTUSAN

Apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda dapat keputusan?

  • Semua keputusan ujian sama ada positif, negatif atau invalid perlu dilaporkan secara self-reporting ke dalam aplikasi MySejahtera.
  • Pengguna bertanggungjawab melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan keputusan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.

Keputusan ujian positif

  • Keputusan positif wajib dilaporkan ke dalam MySejahtera (tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]).
  • Individu diminta untuk pergi sendiri ke fasiliti kesihatan swasta, Covid-19 Assesment Centre (CAC) atau klinik kesihatan berhampiran bagi penilaian kesihatan dan tindakan seterusnya.
  • Individu ini wajib memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah dan elakkan dari menaiki kenderaan awam.

Keputusan ujian negatif

  • Sekiranya bergejala, sila ke fasiliti kesihatan swasta atau kinik kesihatan untuk penilaian kesihatan.
  • Sekiranya individu berkenaan kontak kepada kes Covid-19, individu itu perlu terus menjalani kuarantin wajib sehingga tamat tempoh kuarantin.
  • Sekiranya keputusan ujian invalid, ujian perlu diulang.

Baca juga: Selepas Ini Dah Boleh Uji & Kesan Status Covid-19 Sendiri Di Rumah. Ini 2 Kit Ujian Kendiri Covid-19

SENARAI TERKINI KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

Anda boleh dapatkan senarai terkini 6 jenis Kit Ujian Kendiri Covid-19 seperti jadual dibawah:

Kit Ujian Kendiri Covid-19 & Ketahui Tips Selamat Guna Kit Ujian Kendiri Yang Dikongsikan KKM Ini

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...