Pelajar Sekolah Bakal Nikmati Pakej Data Khas Pelajar Digi RM20 Sebulan Sahaja!

Untuk menyokong dan membantu pelajar menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah memperkenalkan Pakej Data Khas Pelajar yang berharga RM20 sebulan.

Jadi, ibu bapa atau penjaga boleh mengambil peluang yang ditawarkan oleh Digi untuk menggunakan tawaran ini sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dijalankan.

Dapatkan info seterusnya mengenai Pakej Data Khas Pelajar Digi RM20 melalui artikel yang dikongsikan ini.

INFO RINGKAS PAKEJ DATA KHAS PELAJAR DIGI RM20

Pakej Data Khas Pelajar Digi yang disediakan kepada pelajar adalah seperti berikut:

HARGA

  • RM20

KELAJUAN INTERNET

  • 15GB

TEMPOH SAH

  • 30 HARI

SYARAT KELAYAKAN PAKEJ DATA KHAS PELAJAR DIGI RM20

Antara syarat utama kelayakan untuk menerima Pakej Data Khas Pelajar RM20 ialah:

  • Terbuka kepada semua pelajar Malaysia berumur antara 12 hingga 24 tahun.
  • Pelajar mestilah kelahiran tahun 1997 hingga 2009 sahaja.

TAWARAN YANG DISEDIAKAN

Digi juga menawarkan pelbagai tawaran selain daripada Pakej Data Khas Pelajar DIGI RM20 iaitu:

  • Peranti mudah alih
  • Pelan data
  • Sumber e-pembelajaran tambahan

PERANTI MUDAH ALIH

Digi menyediakan peranti tambahan seperti telefon pintar dan tablet dengan pilihan subsidi RM300 di bawah Program Jaringan PRIHATIN dengan pakej 4G yang ditawarkan kepada pelanggan prabayar dan pascabayar.

PELAN DATA

Melalui pelan data pula, anda serta seisi keluarga boleh mendaftar untuk sambungan fiber tanpa had melalui pelan Digi Fibre 90 dengan bayaran serendah RM75/50Mbps internet.

Bagi pelanggan pascabayar pula, anda boleh menikmati nilai tambahan melalui pelan Digi Postpaid dengan mendaftar hingga 6 talian keluarga serendah RM20 sebulan untuk setiap talian.

E-PEMBELAJARAN

Pelajar boleh melanggan JomTuisyen dengan harga RM10 sebulan untuk mengakses lebih daripada 10,000 video merangumi 180 mata pelajaran teras dan efektif untuk semua tahap KSSR dan KSSM.

Untuk anak di bawah 6 tahun, anda boleh membayar sebanyak RM2 seminggu untuk akses ke Zapzapmath Home yang menyediakan pembelajaran berasaskan matematik yang sangat menyeronokkan kanak-kanak.

Pelajar Sekolah Bakal Nikmati Pakej Data Khas Pelajar Digi RM20 Sebulan Sahaja!

CARA UNTUK MOHON PAKEJ DATA KHAS PELAJAR DIGI RM20

Untuk membuat mohon atau pembelian Pakej Data Khas Pelajar Digi RM20 terdapat 3 langkah utama yang perlu ada ikuti seperti:

  • Buka aplikasi MyDigi dan klik pada Pakej Data Khas Pelajar.
  • Klik CONFIRM untuk sahkan pembelian Pakej Data Khas Pelajar.
  • Buat pembayaran sama ada di caj melalui akaun anda atau lain-lain kaedah pembayaran.
  • Akhir sekali pembelian pakej anda telah berjaya setelah mengesahkan pembayaran.

Pelajar Sekolah Bakal Nikmati Pakej Data Khas Pelajar Digi RM20 Sebulan Sahaja!

Baca juga: Internet 1GB Percuma Lanjut Sehingga April 2021 Turut Dinikmati Pelajar IPT

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Pakej Data Khas Pelajar Digi RM20 sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.