Bantuan Kerajaan

Siapa Yang Layak Terima Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) & Apa Kandungan Dalam PPC?

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

23 September 2021
2 min baca
Isi Kandungan

Masih lagi ada yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menerima Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) yang akan diedarkan nanti?

Malahan, ada yang bertanyakan mengenai kandungan yang terdapat di dalam Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) tersebut.

Bagi anda yang ingin tahu siapakah yang layak menerima PPC dan kandungannya, dapatkan info seterusnya mengenai Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) melalui perkongsian ini.

TUJUAN PAKEJ PENJAGAAN COVID-19 (PPC)

Untuk pengetahuan anda, tujuan pemberian bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 adalah untuk:

  • Meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah golongan B40 dan memudahkan mereka mengamalkna norma baharu ketika ini.

Baca juga: Cara Mohon Kuarantin Wajib Secara Online Bagi Pengembara Dari Luar Negera Yang Telah Divaksin

GOLONGAN SASARAN

Bagi yang tertanya-tanya siapakah yang layak untuk menerima bantuan Pakej Penjagaan Covid-19,  ini jawapannya.

Mereka yang layak menerima bantuan ini ialah:

  • Isi rumah golongan B40
  • Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga.
  • Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.

KANDUNGAN DALAM PPC

Kandungan yang terdapat di dalam bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 adalah:

  • Pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga)
  • Kit ujian kendiri Covid-19 (4 kit setiap keluarga)
  • 1 pulse oximeter
  • 1 termometer
  • Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan

Siapa Yang Layak Terima Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) & Apa Kandungan Dalam PPC?

PEMBERIAN DOS KETIGA (BOOSTER SHOT)

Selain itu, pihak kerajaan juga bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 dengan tujuan meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko jangkitan Covid-19.

Ia ditumpukan kepada individu atau kumpulan seperti berikut:

  • Anggota barisan hadapan kesihatan
  • Pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised)
  • Warga tua dengan komorbiditi
  • Individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities)

Siapa Yang Layak Terima Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) & Apa Kandungan Dalam PPC?

Mulai 23 September 2021, vaksinasi remaja secara walk-in juga akan diadakan.

Apa dokumen yang perlu dibawah? Rujuk sini: Vaksinasi Remaja Secara Walk-In, Apa Yang Perlu Dibawa?

SUMBER

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.