Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Panduan Permohonan UPU 2018 Untuk Lepasan STPM/SPM

0 1,695

Calon-calon lepasan SPM dan STPM sememangnya perlu membuat permohonan UPU dalam mendapatkan peluang menyambung pelajaran di IPTA dan memastikan hala tuju pendidikan mereka di peringkat pengajian tinggi.

Terdapat beberapa prosedur yang perlu anda lalui dalam membuat permohonan UPU ini. Dalam artikel ini, anda akan diberikan panduan tentang tutorial cara memohon UPU bagi tahun 2018.

Permohonan telah dibuka pada 5 Februari yang lalu. Sebelum membuat permohonan, anda perlu mendaftar permohonan terlebih dahulu. Setelah mendaftar, anda harus membeli nombor unit ID di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai syarat untuk log masuk bagi membuat permohonan..

DAFTAR PERMOHONAN KALI PERTAMA

Pemohon perlu mendaftar kali pertama bagi tujuan mengakses UPUOnline untuk memohon kemasukan ke Universiti awam dan juga IPTA yang lain. Untuk mendaftar permohonan buat kali pertama, pemohon perlu mengisi 6 butiran ini dengan tepat.

  • Nombor Kad Pengenalan
  • Alamat E-mel
  • Nama Ibu
  • Kata Laluan (Anda dinasihatkan mengguna kata laluan yang mudah diingat)
  • Kod Kesejahteraan
  • Soalan Keselamatan Profil Akaun

PERMOHONAN KALI PERTAMA

Jika anda sudah berjaya mendaftar, anda perlu membeli nombor unit ID. Kemudian nombor ID tersebut digunakan untuk log in permohonan UPU. Semasa membuat permohonan, anda perlu memastikan lima butiran penting ini diisi.

  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Unik ID (Yang dibeli di BSN)
  • Jenis Permohonan
  • Program Pengajian (susun mengikut pilihan anda)
  • Kategori (anda boleh rujuk senarai kategori di bawah.)

permohonan upu1

permohonan upu2

permohonan upu2ii

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN UPU

Untuk pengetahuan anda, anda boleh mengisi borang permohonan UPU ini walaupun keputusan peperiksaan masih belum diumumkan. Namun, setelah keputusan dikeluarkan nanti, anda perlu mengemaskini semula pemilihan program bagi memastikan pilihan anda bersesuaian dengan keputusan peperiksaan anda.

Berikut merupakan cara-cara untuk anda membuat permohonan UPU secara online.

  1. Anda perlu daftar permohonan kali pertama dan lengkapkan segala butiran yang diperlukan.
  2. Kemudian, anda perlu login untuk masuk dan isi borang permohonan UPU.
    Anda harus melengkapkan borang maklumat peribadi. Sila isi dengan tepat.
  3. Isi pula maklumat keluarga anda dengan tepat.
  4. Seterusnya, isi maklumat akademik anda.
  5. Pilih program pengajian yang anda minat. Anda tidak perlu risau kerana anda masih boleh mengubah program pengajian ini dengan cara mengemaskini borang permohonan.
  6. Anda juga perlu mengisi maklumat-maklumat lain yang diperlukan. Sila semak terlebih dahulu selepas siap mengisi.
  7. Klik Sah Dan Hantar
  8. Save borang tersebut dalam format PDF.

Berikut merupakan ringkasan cara-cara membuat permohonan UPU secara online

permohonan upu3

KRITERIA PEMILIHAN CALON

Calon-calon yang memohon UPU akan dipilih berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Pencapaian dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.
  • Untuk permohonan ke Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, calon akan dipilih berdasarkan tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal keluarga.
  • Gred markah beberapa matapelajaran yang diperlukan dalam program pengajian yang dipohon.
  • Memenuhi syarat-syarat khas yang telah ditetapkan oleh pihak IPTA.
  • Lulus temu duga atau ujian bagi program pengajian yang memerlukan temu duga atau ujian.

TIPS MENGISI BORANG PERMOHONAN UPU SECARA ONLINE

Beberapa tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengisi borang permohonan online UPU.

  • Anda wajib memilih 5 program pengajian. Pastikan anda membuat pilihan dengan baik.
  • Susun pilihan anda mengikut susunan keutamaan.(Letakkan pilihan utama anda di tempat paling atas)
  • Anda dinasihatkan memilih program pengajian mengikut bidang yang sama tetapi jika anda berminat juga dengan program pengajian yang tiada kaitan dengan bidang anda, letakkan pilihan tersebut di bahagian bawah senarai pilihan kerana keutamaan diberikan kepada pilihan yang sama dengan bidang.
  • Semak syarat kelayakan program pengajian terlebih dahulu sebelum memilihnya.
  • Jika anda berminat dengan program pengajian pendidikan yang mempunyai temuduga, letakkan pilihan tersebut pada senarai pilihan nombor 1 atau 2.

Bagi lepasan STPM, anda boleh mula memohon UPU sekarang. Pastikan anda memilih dengan betul dan sesuai dengan bidang serta keputusan STPM anda. Bagi lepasan SPM pula, anda boleh memohon sekarang ataupun setelah keputusan SPM dikeluarkan kelak. Jika anda memohon sekarang pastikan anda mengemaskini setelah mendapat keputusan SPM kelak supaya bersesuaian dengan keputusan SPM anda.

Sila pastikan pilihan anda tepat untuk memudahkan urusan anda supaya tidak perlu lagi mengemaskini maklumat kelak. Pihak kami mendoakan kejayaan permohonan anda. Selamat berjaya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...