Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Keputusan Rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 Bakal Diumumkan 15 Mac 2018

0 1,724

Semua calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sememangnya menantikan suatu detik yang sangat mendebarkan dalam hidup mereka iaitu tarikh pengumuman keputusan SPM 2018. Keputusan peperiksaan ini akan menjadi penentu kepada hala tuju pendidikan mereka di peringkat seterusnya.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan dan mengumumkan secara rasmi tarikh pengumuman keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2018. Tarikh tersebut adalah seperti berikut:

  • Tarikh Pengumuman Keputusan SPM: 15 Mac 2018

Berikut merupakan kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia tentang tarikh pengumuman keputusan SPM tahun 2018.

Keputusan Rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 Bakal Diumumkan 15 Mac 2018

 

 

CARA MENYEMAK KEPUTUSAN SPM 2018

Terdapat dua cara untuk anda menyemak keputusan SPM sama ada pergi ke sekolah dan mendapatkan sendiri keputusan tersebut ataupun anda juga boleh menyemak keputusan SPM dengan hanya menggunakan SMS.

Jika anda ingin mendapatkan sendiri keputusan SPM anda di sekolah, anda boleh berbuat demikian dengan cara pergi ke sekolah pada hari tersebut (15 Mac 2018). Masa keputusan SPM dikeluarkan adalah jam 10 pagi.

Anda dinasihatkan untuk pergi ke sekolah lebih awal (sebelum jam 10 pagi) untuk tujuan mengetahui maklumat-maklumat penting yang akan disampaikan oleh pihak sekolah contohnya seperti bagaimana untuk menyemak kertas soalan SPM sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima, peratusan calon lulus dan sebagainya.

Sebaliknya, jika anda tidak berkesempatan untuk pergi ke sekolah pada hari keputusan SPM dikeluarkan, anda masih boleh mengetahui keputusan SPM anda dengan cara menyemak keputusan melalui SMS. Berikut merupakan cara-cara untuk menyemak keputusan SPM anda menggunakan SMS.

  • Taip SPM Nombor Kad Pengenalan Angka Giliran.
  • Hantar mesej ke nombor 15888

Nota: Sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda (-) dan sila masukkan angka giliran tanpa selang dalam ruangan yang disediakan.

TINDAKAN SELEPAS MENDAPAT KEPUTUSAN SPM

Keputusan SPM akan membawa kepada pelbagai reaksi pelajar termasuklah sedih, gembira dan sebagainya. Walau bagaimanapun keputusan SPM anda, anda tidak boleh mengalah. Terdapat banyak peluang untuk anda melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya.

Untuk anda yang mendapat keputusan cemerlang, anda boleh memohon universiti awam yang meletakkan syarat kualifikasi keputusan yang cemerlang seperti PASUM, Asasi Sains USM dan sebagainya. Anda juga boleh memohon biasiswa daripada kerajaan untuk melanjutkan pengajian anda.

Bagi anda yang mendapat keputusan kurang memberansangkan, anda tidak perlu risau kerana peluang untuk melanjutkan pelajaran tetap ada untuk anda.

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti Politeknik, Kolej Kemahiran MARA, Kolej Vokasional dan lain-lain lagi yang meletakkan syarat kualifikasi yang rendah membuka peluang untuk anda menyambung pelajaran.

Baca juga: Cara Permohonan UPU SPM/STPM

Jadi, sebaik sahaja anda mendapat keputusan SPM, anda perlu pantas mengatur rancangan dan perlu memikirkan IPT yang sesuai dengan minat serta keputusan anda.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah memohon UPU. Permohonan UPU ini akan membuka peluang kepada anda untuk diambil menyambung pelajaran di Universiti Awam dan IPT yang lain.

Selain daripada kesemua IPT yang ditawarkan dalam UPU, anda juga boleh memohon IPT yang lain seperti Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Jururawat dan sebagainya. Permohonan boleh dibuat melalui portal IPT tersebut.

Sekiranya anda gagal dalam subjek wajib lulus seperti Bahasa Melayu dan Sejarah, anda masih boleh menduduki peperiksaan ulangan bagi subjek tersebut untuk memberi peluang kepada anda dalam memperbaiki keputusan anda. Peperiksaan tersebut dipanggil Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU).

NASIHAT BUAT LEPASAN SPM

Tidak dapat dinafikan anda akan kehilangan semangat dan ingin berputus asa jika keputusan SPM anda tidak seperti yang dijangka. Anda sebenarnya tidak perlu berputus asa. Anda tidak sepatutnya merasakan masa depan anda sudah hancur hanya kerana keputusan SPM anda tidak seperti yang anda inginkan.

Terdapat banyak IPT yang menawarkan peluang untuk anda meneruskan pelajaran walaupun keputusan SPM anda tidak memberansangkan. Anda hanya perlu memilih IPT dan kursus pengajian yang sesuai dengan anda.

Selain itu, anda juga dinasihatkan supaya mengisi permohonan UPU bagi membolehkan anda ditawarkan ke Universiti Awam dan IPTA yang lain. UPU merupakan jalan kepada Universiti Awam dan IPT ini.

Baca juga: Senarai IPTA di Malaysia

Pihak kami ingin mengucapkan selamat berjaya kepada anda semua yang bakal mengambil keputusan SPM pada 15 Mac ini. Kami mendoakan kejayaan anda semua. Semoga berjaya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...