Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Nak Renew Lesen Kenderaan Motor (LKM) Di Kaunter JPJ? Bawa Dokumen Ini & Ikut Panduan Dari JPJ

2,027

Sekarang ini semua urusan berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah boleh dilakukan di kaunter.

Jadi, anda boleh dapatkan panduan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) di mana-mana cawangan JPJ yang berdekatan anda dengan membawa dokumen penting yang diperlukan.

Apakah dokumen tersebut dan apakah yang perlu dilakukan oleh pemilik kenderaan untuk renew LKN masing-masing? Semak panduannya disini dan semoga urusan anda dipermudahkan.

CARA RENEW LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) PERSENDIRIAN DI KAUNTER JPJ

Untuk renew LKM persendirian anda, cara-caranya ialah:

  • Mestilah dikemukakan oleh pemunya berdaftar atau wakil kenderaan dimana-mana pejabat JPJ Negeri, cawangan dan UTC yang berdekatan.
  • Tempoh pembaharuan yang dibenarkan adalah 6 bulan atau 1 tahun.
  • Kenderaan anda mesti mempunyia perlidnungan insurans bagi tempoh LKM yang dipohon.
  • Hanya LKM yang akan tamat tempoh dalam masa 2 bulan sahaja boleh diperbaharui.
  • Bagi pemunya berdaftar yang telah meninggal dunia, pembaharuan LKM dibenarkan untuk tempoh 6 bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak melebihi 5 tahun. Permohonan perlu mendapat kelulusan jika tempoh kematian telah melebihi 5 tahun.
  • Kenderaan yang tarikh luput LKM terakhirnya adalah melebihi satu tahun dari tarikh permohonan, kenderaan perlu menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan seperti berikut:

    a) Pemeriksaan PUSPAKOM bagi semua kenderaan
    b) Pemeriksaan PG10 bagi motosikal milik individu sahaja dan motosikal yang diperiksa semasa program yang dianjurkan oleh JPJ atau motosikal yang disita JPJ sahaja

  • Bagi permohonan pembaharuan LKM yang dimukakan di kawasan pengisytiharan di mana kadar LKM adalah lebih rendah daripada kawasan pengisytiharan asal, pertukaran kawasan pengisytiharan oleh pemunya berdaftar perlu dibuat sebelum proses pembaharuan LKM dijalankan.

Apa pula dokumen yang perlu dibawa? Bagi renew LKM kenderaan persendirian, dokumen yang perlu dibawa adalah seperti berikut:

  • Dokumen pengenalan diri pemunya berdaftar atau wakil yang hadir.
  • Laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa sekiranya kenderaan motor tidak aktif.
  • Pemeriksaan PG10 bagi motosikal milik individu sahaja dan motosikal yang diperiksa semasa program yang dianjurkan oleh JPJ atau motosikal hyang disita oleh JPJ sahaja.
  • Bagi kenderaan yang pemunya berdaftar telah meninggal dunia lebih dari lima tahun, perlu membawa dokumen yang menunjukkan bahawa proses pembahagian pusaka sudah dimulakan atau apa-apa dokumen untuk pertimbangan kelulusan.
  • Borang perakuan kawasan pengisytiharan kenderaan di mana kenderaan digunakan (Sabah, Sarawak dan pulau bebas cukai).
  • Pengisytiharan kastam (K3) atau resit pelabuhan (Sabah, Sarawak dan pulau bebas cukai.

Nak Renew Lesen Kenderaan Motor (LKM) Di Kaunter JPJ? Bawa Dokumen Ini & Ikut Panduan Dari JPJ

CARA RENEW LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) KENDERAAN PERDAGANGAN DI KAUNTER JPJ

Cara-cara untuk renew LKM bagi kenderaan perdagangan di kaunter JPJ pula adalah seperti berikut:

  • Permohonan boleh dikemukakan oleh pemunya berdaftar atau wakil di mana-mana pejabat JPJ negeri atau cawangan.
  • Tempoh pembaharuan LKM adalah seperti berikut:

    a) Jenis kenderaan perdagangan dan treler adalah minimum tujuh hari, maksimum setahun untuk dua tahun pertama selepas pendaftaran baharu dan minimum tujuh hari, maksikum enam bulan selepas tempoh dua tahun tamat.
    b) Jenis kenderaan treler kontena adalah minimum tujuh hari, maksimum setahun untuk tempoh 10 tahun pertama selepas pendaftaran baharu dan minimum tujuh hari, maksimum enam bulan selepas tempoh 10 tahun tamat.

  • Kenderaan mestilah mempunyai perlindungan insuran bagi tempoh LKM yang dipohon.

     

  • Hanya LKM yang akan luput dalam masa dua bulan boleh diperbaharui.
  • Tarikh pemeriksaan berkala PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa bagi tempoh LKM yang dipohon.
  • Bagi kenderaan perdagangan tidak beroperasi (Lay-up), ia perlu menjalani dan lulus pemeriksaan PUSPAKOM.
  • Permit yang dikeluarkan oleh SPAD / LPKP Sabah / LPKP Sarawak / MOTAC atau JKPIM hendaklah berkuatkuasa bagi tempoh LKM yang dipohon.
  • Kenderaan dumper / tipper import terpakai dengan Gross Vehicle Weight (GVW) melebihi 21,000 kilogram atau kenderaan rebuilt dengan GVW melebihi 38,000 kilogram yang didaftarkan sebagai kenderaan off-road kekal tidak boleh dilesenkan dan dikeluarkan LKM.
  • Bagi permohonan pembaharuan LKM yang dikemukakan di kawasan pengisytiharan di mana kadar LKM adalah lebih rendah daripada kawasan pengisytiharan asal, pertukaran kawasan pengisytiharan oleh pemunya berdaftar perlu dibuat sebelum proses pembaharuan LKM dijalankan.

Diingatkan juga anda untuk membawa dokumen sokongan seperti berikut untuk permohonan renew LKM kenderaan perdagangan anda:

  • Dokumen pengenalan diri pemunya berdaftar atau wakil yang hadir.
  • Laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa.
  • Borang perakuan kawasan pengisytiharan kenderaan di mana kenderaan digunakan (Sabah, Sarawak dan pulau bebas cukai).
  • Pengisytiharan kastam (K3) atau resit pelabuhan (Sabah, Sarawak dan pulau bebas cukai).

Baca juga: Dah Boleh Berurusan Di Kaunter JPJ & PUSPAKOM Secara Walk In Mulai 6 September Tanpa JanjiTemu. Tapi Ini Syaratnya

Dah Boleh Berurusan Di Kaunter JPJ & PUSPAKOM Secara Walk In Mulai 6 September Tanpa JanjiTemu. Tapi Ini Syaratnya

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...