Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Lanjutan] Parking Free Di Bahu Jalan Kuala Lumpur Selama 2 Bulan, Julai Hingga September & Pengguna Tak Perlu Bayar Apa-Apa!

2,006

Berita gembira buat semua warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur!

Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan telah mengumumkan bahawa mulai 2 Julai sehingga 31 Ogos 2021, semua parkign kereta bahu jalan di Kuala Lumpur adalah free sahaja dan tiada sebarang bayaran.

Diharap pengumuman ini memberikan kegembiraan buat semua pengguna dan pengguna dapat berjimat untuk kegunaan yang lebih penting.

Baca juga: Insentif Terkini Buat Penjaja, Usahawan & Belia Berniaga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan

TARIKH PELAKSANAAN PARKING FREE KUALA LUMPUR

Tarikh pelaksanaan parking kereta free bahu jalan di Kuala Lumpur bermula pada:

  • 2 Julai 2021 hingga 30 September 2021 

No photo description available.

Sepanjang tempoh ini, pengguna tidak perlu membayar apa-apa sekiranya parking dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sebelum ini parking free hanyalah sehingga 31 Ogos 2021 dan dilanjutkan sehingga 30 September 2021.

May be an image of text

TUJUAN PARKING KERETA FREE

Tujuan parking kereta free bahu jalan Kuala Lumpur merupakan satu inisiatif kerajaan untuk:

  • Membantu warga kota melakukan penjimatan
  • Wang tersebut boleh digunakan membeli barangan keperluan untuk keluarga.

Pengumuman parking free kereta ini adalah kerana tidak ada banyak kereta yang parking lama sehingga Hari Merdeka disebabkan “Total Lockdown.”

PERTIMBANGAN LAIN

Pertimbangan lain yang diajukan oleh Tan Sri Annuar Musa adalah seperti berikut:

  • Rakyat kini menanggung beban kegagalan “Total Lockdown” atau “Pelan Pemulihan Negara Fasa Satu” yang berpunca daripada kegagalan kerajaan memahami perlunya menutup syarikat-syarikat selain pembekal bahan makanan atau servis bagi kelangsungan hidup.
  • Justeru, kerajaan perlu sama-sama berkorban dengan memberikan parking percuma dan mungkin juga bekalan elektrik percuma bagi satu tempoh masa yang lebih panjang, mungkin sehingga hujung tahun ini atau penghujung suku pertama tahun depan.
  • Ini sekaligus menjadikannya satu bentuk ‘bantuan terus’ kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak memerlukan sebarang permohonan atau menanggung risiko bantuan tidak sampai pada waktunya.
  • Annuar perlu ingat, disebabkan kegagalan berterusan kerajaan yang degil dan tidak ingin mendengar nasihat atau pandangan pakar, “Pelan Pemulihan Negara Fasa Satu” dijangka akan melangkaui bulan Ogos memandangkan angka harian Covid-19 kini berada pada tahap hampir 7,000 kes.
  • Disebabkan itu, banyak peniaga kecil dan sederhana besar yang tidak tergolong dalam kumpulan penyebab utama penularan wabak Covid-19 terpaksa gulung tikar kerana memikul beban kegagalan “Total Lockdown.”
  • Justeru, kerajaan perlu meneliti bagaimana peniaga-peniaga ini boleh dibantu dari sudut kewangan tanpa perlu dibayar balik bantuan itu agar mereka boleh melangsaikan hutang yang terkumpul dalam satu tempoh tertentu dan membuka semula perniagaan mereka.

Baca juga: Saringan Komuniti Bersasar Covid-19 (RTK-Ag) Percuma Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Selama Sebulan. Semak Jadual Ini

Parking Free Di Bahu Jalan Kuala Lumpur Selama Sebulan, Julai Hingga Ogos & Pengguna Tak Perlu Bayar Apa-Apa!

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...