Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Saringan Komuniti Bersasar Covid-19 (RTK-Ag) Percuma Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Selama Sebulan. Semak Jadual Ini

1,199

Untuk memastikan langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 dikalangan komuniti diambil dengan segera, Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan saringan percuma Covid-19 ke kawasan yang terpilih secara berperingkat.

Program ini merupakan kerjasama antara Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Agensi-agensi kerajaan dan juga swasta. Malah ianya turut dikawal oleh DPRM, ATM dan rela serta sukarelawan agar program saringan berjalan dengan lancar.

Bilakah program saringan ini akan dilakukan ditempat anda? Rujuk jadual yang akan dikongsikan ini.

TARIKH PROGRAM SARINGAN KOMUNITI BERSASAR COVID-19 PERCUMA

Program ini akan diadakan secara berperingkat mulai:

  • 5 Jun 2021- 5 Julai 2021

Jadi, ianya akan dilaksanakan selama sebulan mengikut lokasi yang telah dijadualkan.

Baca juga: Salam Alliance Tawarkan RM150 Harian Untuk Menjadi Sukarelawan Vaksin Covid-19 Mega PPV. Mohon Segera!

27 SENARAI LOKASI FASA PERTAMA SARINGAN COVID-19 PERCUMA

Terdapat 27 senarai lokasi iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) DBKL telah disenaraikan untuk peringkat pertama program saringan Komuniti Bersasar Covid-19 (RTK-Ag) yang mana telah bermula pada 5 Jun 2021.

Bagi lokasi-lokasi lain pula sedang dikenalpasti untuk saringan fasa yang seterusnya iaitu:

  • 36 PPR/PA DBKL
  • Kampung-kampung tradisi

JADUAL SARINGAN COVID-19 PERCUMA WILAYAH PERSEKUTUAN MENGIKUT LOKASI

Berikut adalah jadual saringan percuma Covid-19 Wilayah Persekutuan fasa pertama untuk rujukan anda:

Saringan Komuniti Bersasar Covid-19 (RTK-Ag) Percuma Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Selama Sebulan. Semak Jadual Ini

DOKUMEN PERLU DIBAWA

Penduduk diingatkan untuk membawa dokumen berikut ketika diminta membuat saringan Covid-19 di tempat anda:

  • Kad pengenalan diri masing-masing

KENYATAAN MEDIA

Saringan Komuniti Bersasar Covid-19 (RTK-Ag) Percuma Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Selama Sebulan. Semak Jadual Ini

Baca juga: Semakan Status Permohonan GKP RM1,000 Boleh Dibuat Mulai 8 Jun 2021 Secara Online & Dikreditkan Mulai 10 Jun

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai saringan percuma Covid-19 Wilayah Persekutuan sila hubungi talian hotline dibawah:

Saringan Komuniti Bersasar Covid-19 (RTK-Ag) Percuma Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Selama Sebulan. Semak Jadual Ini

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...