Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semakan Status Permohonan GKP RM1,000 Boleh Dibuat Mulai 8 Jun 2021 Secara Online & Dikreditkan Mulai 10 Jun

1,731

Melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan permohonan GKP RM1,000 dibuka untuk membantu usahawan yang terjejas pendapatan mereka.

Malahan, baru-baru ini Kerajaan akan terus membantu untuk memastikan kelangsungan perniagaan dengan menambah jumlah Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM500 menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM1,500 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) Tambahan.

Terkini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa pemohon sudah boleh membuat semakan permohonan mulai 8 Jun 2021 serta wang akan dikreditkan mulai Khamis ini iaitu pada 10 Jun 2021.

TARIKH SEMAKAN GKP RM1,000

Pemohon boleh membuat semakan mulai:

  • 8 Jun 2021

TARIKH KREDIT GKP RM1,000 & RM500 (TAMBAHAN)

Seperti sedia maklum, Melalui program PEMERKASA+, Kerajaan telah mengumumkan tambahan RM500 di bawah inisiatif GKP 3.0 dan keseluruhan jumlah bantuan GKP adalah sebanyak RM1,500.

Agihan kredit ke akaun masing-masing adalah seperti berikut:

  • RM1,000: 10 Jun 2021
  • RM500: Julai 2021

CARA MEMBUAT SEMAKAN GKP RM1,000

Pemohon boleh membuat semakan terus ke pautan berikut:

Semakan Status Permohonan GKP RM1,000 Boleh Dibuat Mulai 8 Jun 2021 Secara Online & Dikreditkan Mulai 10 Jun

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda, klik ikon SEARCH.
  • Masukkan huruf CAPTCHA dan klik SEMAK.
  • Seterusnya LOG MASUK, masukkan KATA LALUAN anda.
  • Status permohonan akan dipaparkan.

Rujuk: Cara Membuat Semakan Bayaran GKP Tambahan RM1,000 & RM500

INFO RINGKAS MENGENAI GKP

Pada 31 Mei lalu, melalui program Pemerkasa Tambahan, kerajaan mengumumkan komitmen yang sama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, di mana jumlah tambahan sebanyak RM500 akan dibuat, menjadikan jumlah bayaran sebanyak RM1,500 bagi setiap PKS mikro.

“Ini bermakna, jumlah bayaran GKP 3.0 adalah sebanyak RM1.5 bilion.”

Tengku Zafrul berkata, secara keseluruhan, sejumlah RM5.08 bilion sudah dan akan disalurkan kepada hampir sejuta PMKS di bawah GKP sejak Covid-19 melanda negara.

Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PMKS ini akan meringankan beban mereka, terutama mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0 pada kali ini.

Baca juga: Perbezaan GKP Tambahan PERMAI & GKP 3.0 Yang Anda Semua Perlu Tahu. Semak Disini

Semakan Status Permohonan GKP RM1,000 Boleh Dibuat Mulai 8 Jun 2021 Secara Online & Dikreditkan Mulai 10 Jun

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...