Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Membuat Semakan Bayaran GKP Tambahan RM1,000 & RM500

2,244

Seperti yang dijanjikan, bayaran kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro pada Mac ini pastinya akan ditunaikan segera kerana bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) juga telah mula dikreditkan kepada pemohon mulai hujung Februari lepas.

Rujuk: Jadual Tarikh Pembayaran BPR 2021 Fasa 1 Untuk Semua Kategori & Sabah Sarawak

Malahan bayaran iSinar Tanpa Syarat juga telah mula dibayar bermula 2 Mac 2021 secara berperingkat kepada semua ahli yang membuat permohonan sebelum 25 Februari 2021.

Seterusya, para usahawan PKS pula bakal dibayar bantuan tambahan akibat PKP 2.0 iaitu bantuan tambahan sebanyak RM1,000 dan RM500 mengikut keadaan semasa tempoh PKP.

INFO RINGKAS GKP TAMBAHAN

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari 2021, mengumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan) dengan peruntukan sebanyak RM650 juta yang akan memanfaatkan 500,000 PKS Mikro.

Bantuan ini terbuka kepada semua PKS mikro yang telah berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSM di 7 negeri PKP dengan bayaran sebanyak RM1,000 dan RM500 di negeri lain.

Ia dibayar kepada PKS secara one-off dengan bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

JUMLAH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Jumlah bayaran GKP Tambahan adalah seperti berikut:

  • Negeri PKP: RM1,000
  • Lain-lain Negeri: RM500

TARIKH SEMAKAN GKP TAMBAHAN

Anda boleh membuat semakan bayaran GKP Tambahan bermula pada:

  • Mac 2021

Rujuk: GKP Tambahan RM1,000 Akan Dibayar Mac Ini

CARA MEMBUAT SEMAKAN BAYARAN GKP TAMBAHAN

Untuk membuat semakan, anda perlu ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:

Cara Membuat Semakan Bayaran GKP Tambahan RM1,000 & RM500

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Klik ikon search
  • Masukkan huruf CAPTCHA
  • Klik SEMAK.
  • Status bayaran akan dipamerkan.

GKP Tambahan RM1,000 Akan Dibayar Mac Ini

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN GKP 2.0

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Geran Khas Prihatin (GKP), anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut:

  • Portal Rasmi LHDNM
  • Telefon : HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
  • HASIL LIVE CHAT
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...