Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jadual Tarikh Pembayaran BPR 2021 Fasa 1 Untuk Semua Kategori & Sabah Sarawak

2,451

Bermula pada Isnin lalu, terdapat segelintir penerima BPR 2021 telah menyatakan bahawa wang BPR 2021 telah masuk ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) masing-masing.

Rujuk: Update: Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 Telah Masuk Minggu Ini

Malahan ada yang membuat semakan status dan mendapati ianya adalah benar. Selain daripada itu, penerima wang iLestari dan iSinar juga akan menerima pembayaran bagi bulan Mac pada bulan Februari dan awal Mac untuk memudahkan proses iSinar Kategori 2 yang diluluskan tanpa syarat.

KADAR BAYARAN FASA PERTAMA BPR 2021

Kadar bayaran Fasa Pertama BPR 2021 yang akan diterima adalah seperti berikut:

KATEGORI ISI RUMAH RM300
KATEGORI BUJANG

KATEGORI OKU

RM150
Nota: Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 ini akan dibayar secara berperingkat mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

JADUAL TARIKH MENGIKUT KATEGORI & SABAH SARAWAK

Berikut adalah jadual tarikh penerima BPR 2021 mengikut kategori dan Sabah Sarawak:

KATEGORI PENERIMA TARIKH BAYARAN KAEDAH PEMBAYARAN
Isi rumah dan bujang 24 Februari 2021 Kredit terus ke akaun bank
Penerima tidak mempunyai akaun bank 25 Februari 2021 Melalui cawangan bank Simpanan Nasional (BSN)
Penerima di Sabah Sarawak tanpa akaun bank 1 Mac hingga 1 April 2021 Lokasi akan diumumkan sekali dengan pembayaran BPN 2.0
Nota: Pembayaran diawalkan untuk membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

KENYATAAN MEDIA JADUAL PEMBAYARAN BPR 2021

Jadual Tarikh Pembayaran BPR 2021 Fasa 1 Untuk Semua Kategori & Sabah Sarawak

Baca juga: Tarikh Akhir Daftar & Kemas Kini BPR 2021, 25 Februari Ini. Sila Alert!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) di saluran berikut:

  • Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
  • Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...