Anda kini boleh membuat semakan status repot polis dan saman trafik menggunakan sistem semakan online PDRM (SSO).
Anda juga boleh semak pengambilan jawatan PDRM termasuk jawatan inspektor, sarjan dan konstabel bagi ambilan tahun 2017.
Baca juga: Semakan Online Wang Tak Dituntut
Pendaftaran Baru
Isi Kandungan
Berikut adalah manual pendaftaran baru ke dalam sistem semakan online PDRM.
- Klik pada butang Pendaftaran Baru atau ikon Daftar Pengguna Baru untuk membuat pendaftaran.
- Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Hantar.
- Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun anda.
- Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman SSO dan klik pada butang Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID Pengguna untuk tujuan pengaktifan akauan anda.
- Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada butang Lupa Kata Laluan.
- Sekiranya tiada e-emel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada butang Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan.
Semakan Online PDRM
Antara servis yang ditawarkan SSO adalah:
- Semak repot polis
- Semak saman trafik
- Semak status pengambilan PDRM
Ketiga-tiga servis ini memerlukan anda untuk log masuk ke dalam sistem sebelum membuat semakan.
Semak Repot Polis
Setelah Berjaya log masuk ke dalam Sistem SSO, anda perlu klik pada ikon “Status Repot” dan masukkan “No. Repot polis” yang telah dibuat ke atas No. Kad Pengenalan anda.
Anda hanya dibenarkan membuat semakan terhadap repot yang didaftarkan menggunakan No. Kad Pengenalan anda sahaja.
Semak Saman Trafik
Setelah Berjaya log masuk ke dalam Sistem SSO, anda perlu klik pada ikon “Status Saman” dan anda boleh membuat semakan saman ke atas No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan anda.
Anda hanya boleh membuat semakan ke atas No. Kad Pengenalan anda sahaja.
Anda hanya boleh membuat semakan ke atas No. Kenderaan yang didaftarkan menggunakan No. Kad Pengenalan anda sahaja.
Anda boleh membayar saman online dengan membuat pembayaran saman melalui MyBayar, MyEG dan Rilek.com.my.
Kaedah Pembayaran Saman adalah seperti berikut:
- Tunai
- Kad Kredit
- Wang Pos
- Bank Draf
Saluran Pembayaran Saman adalah seperti berikut:
- Kaunter Trafik
- Kaunter Pos Malaysia
- MyEG (www.myeg.com.my)
- RILEK (www.rilek.com.my)
- MyBayar
- Mesin ATM Maybank
Semak Status Pengambilan PDRM
Setelah berjaya log masuk ke dalam Sistem SSO, anda perlu klik pada ikon ” Status Pengambilan” dan anda boleh membuat semakan pengambilan jawatan PDRM menggunakan No. Kad Pengenalan anda.
Calon yang dipanggil perlulah membuat beberapa persediaan penting seperti berpakaian kemas (bukan jeans atau kemeja-T), berkasut, berambut pendek dan kemas, membawa alat tulis secukupnya dan pakaian sukan semasa menjalani ujian fizikal.
Calon-calon perlu membuat persiapan seperti mengetahui isu-isu semasa dan terkini, perkembangan dan carta organisasi PDRM; membuat persiapan fizikal dan mental, menunjukkan kesungguhan dan keinginan yang tinggi untuk menyertai pasukan PDRM.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan pengambilan, anda boleh menghubungi Unit Pengambilan, Bukit Aman di talian 03-22668350/8351.
Semakan boleh dibuat di portal rasmi Sistem Semakan Online PDRM atau layari https://sso.rmp.gov.my/landing.aspx