Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ini Syarat & Kelayakan Sebagai Pegawai & Perajurit Muda PSSTLDM. Isi Borang Disini Untuk Permohonan

1,244

Sangat berminat untuk bekerja di atas kapal TLDM tetapi tidak layak sepenuhnya?

Anda boleh sertai Pasukan Simpanan TLDM KD SRI PINANG dengan mengisi borang permohonan yang dikongsikan disini.

Permohonan adalah secara online dan baca syarat kelayakan disini seterusnya buat permohonan anda sebelum tarikh tutup.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PENGAMBILAN BAKAL PEGAWAI & PERAJURIT MUDA PSSTLDM

Anda digalakkan untuk membuat permohoan sebelum tarikh tutup pada:

  • 27 September 2021

Baca juga: Graduan & Profesional Muda Sila Ikuti Program LTAT Associate Fellow Program (AFP). Hantar CV Anda Sekarang!

SYARAT & KELAYAKAN PERMOHONAN PENGAMBILAN BAKAL PEGAWAI & PERAJURIT MUDA PSSTLDM

Berikut adalah syarat dan kelayakan untuk permohonan pengambilan Bakal Pegawai dan Perajurit Muda PSSTLDM:

  • Warganegara Malaysia lelaki atau perempuan
  • Berumur 18 hingga 45 tahun (Pegawai) dan 18 hingga 35 tahun (Anggota lain-lain pangkat)
  • Mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu SPM/SPMV/SKM
  • Syarat Minimum Ukuran Fizikal:
    a) Ketinggian: Lelaki 1.62m/Perempuan 1.57m
    b) Berat badan: Lelaki 47.5kg/Perempuan 45kg
    c) BMI: 18 hinge 26.9 (Lelaki/Perempuan)
    d) Ukuran dada: 76.2cm biasa/81.2cm tarik nafas

SYARAT TAMBAHAN KELAYAKAN PEGAWAI

Bagi anda yang ingin memohon jawatan pegawai pula, berikut adalah syarat tambahan yang telah ditetapkan:

  • Kelulusan Ijazah Sarjana Muda CGPA 2.7 ke atas
  • Mendapat Kepujian dalam Bahasa Ingegris dan Matematik dalam SPM/SPMV/SKM

KELEBIHAN MENYERTAI PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM

Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya anda menyertai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM iaitu:

  • Elaun Latihan
  • Elaun Perjalanan
  • Pakaian Seragam Percuma
  • Saguhati Tahunan (mengikut terma dan syarat)
  • Berpeluang diserap menjadi anggota tetap TLDM (mengikut terma dan syarat)

CARA MOHON

Klik pautan ini membuat permohonan untuk menyertai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM di:

May be an image of 1 person and standing

Anda juga boleh mendapatkan maklumat pelbagai jenis pekerjaan yang anda minat dengan melayari laman web MyFutureJobs dipautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan Pasukan Simpanan TLDM KD SRI PINANG dengan menghubungi:

  • LT Syahril: 016-323 6073
  • BK PNK Majmin: 019-472 3764
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...